Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Mereka Jual Dengan Harga Murah & Tidak Berkualiti – Aaron Aziz Selar Peniaga Baju Melayu Tiruan


Kecoh juga sebelum ini apabila pasangan romantis Fizo Omar dan Mawar telah bertindak untuk merampas tudung Fareeda tiruan yang dijual oleh peniaga tidak bertanggungjawab.

Namun, rasanya rampasan produk tiruan itu sememangnya wajar dilakukan kerana Baju Melayu Aaron Aziz dan Baju Melayu Zizan menerima nasib yang sama apabila ia turut menjadi mangsa ciplak.

Kesal dengan perbuatan tersebut, Aaron Aziz ketika ditemubual oleh mStar Online mengatakan bahawa aktiviti menciplak itu bakal menjejaskan jenama baju melayu tersebut.
Baju Melayu Aaron Aziz dan Baju Melayu Zizan Razak diciplak

“Saya kesal apabila mendapat tahu ada Baju Melayu jenama Aaron dikeluarkan oleh pihak lain yang cuba mengambil kesempatan pada musim perayaan ini.

Saya ada lihat mereka menggunakan nama ‘Aaron Jakel’ atau ‘Zizan Jakel’ dan menjualnya dengan harga yang sangat murah dan tidak berkualiti.

Mereka mengambil kesempatan terhadap usaha orang lain, saya dan tenaga kerja yang lain bersusah payah untuk menjenamakan produk ini, sebaliknya mereka dengan mudah mengaut keuntungan.”

Memanglah boleh dijual murah sebab tiada kualiti! Jadi, kepada semua pembaca di sana, jangan mudah terpedaya dengan produk tiruan ya?
sumber: http://www.ohbulan.com/
0 Komentar untuk "Mereka Jual Dengan Harga Murah & Tidak Berkualiti – Aaron Aziz Selar Peniaga Baju Melayu Tiruan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info