Tak salah nak cari rezeki lebih untuk sambut Aidilftri yang bakal menjelang beberapa minggu lagi. Tapi janganlah sampai mencekik darah.
Maka, terkesima juga kami bila baca gosip yang ditulis oleh Cik Pang di Harian Metro semalam. Khabarnya seorang pengacara yang juga merupakan pelawak popular meminta bayaran berjumlah RM100,000 untuk menjayakan sebuah program khas Aidilfitri.
Amboi. Talented sangat ke individu tersebut sampai demand harga setinggi itu? Dah mengalahkan harga bayaran konsert dah rasanya.
“Kalau hendak demand sangat pun, bayaran yang boleh ‘pergi’ RM45,000 tapi kalau RM100,000, alamatnya dengan stesen televisyen sekali lingkup lepas program dibuat disiarkan.
Kalaulah program yang mahu dibuat itu memang popular dan punya banyak penaja tidak mengapa, tapi setakat rancangan hari raya takkan pihak produksi termampu hendak bayar sebanyak itu.”
Bagaimanapun, menurut artikel tersebut lagi, individu itu dikatakan sengaja meminta harga tidak masuk akal semata-mata mahu menolak tawaran tersebut.
Aik. Macam tu pula caranya ya? Kalau iya pun tak nak terima job tersebut, banyak lagi cara yang boleh diguna pakai dan munasabah selain daripada demand harga melampau macam tu. Kan dah tak pasal-pasal tercalit cerita buruk pada imej sendiri. Betul tak?
sumber: http://www.ohbulan.com/
0 Komentar untuk "Siapa Pengacara Yang Demand Harga RM100,000 Untuk Program Aidilfitri?"