Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Pelakon Jason Biggs Dikecam Buat Lawak Bodoh Insiden MH17


Los Angeles – Aktor Jason Biggs dikecam selepas membuat lawak bodoh dalam twitternya berhubung tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17.

Dia dikecam selepas memuatnaik ‘Anyone wanna buy my Malaysian Airlines frequent flier miles?’

Sebaik sahaja pengikutnya melihat tweet tersebut mereka telah memaki dan mengecamnya.

“Kamu ni memang cari perhatian.

“Kamu ketawa ke jika anak kamu yang terkorban dalam nahas pesawat itu,” itu antara kecaman yang diterimanya oleh pelakon American Pie itu.

Namun malang, Biggs bukannya mahu meminta maaf sebaliknya membelasah semula pengikut twitternya dengan menyifatkan mereka sebagai tidak boleh dibawa bergurau.
sumber: (Mynewshub)
0 Komentar untuk " Pelakon Jason Biggs Dikecam Buat Lawak Bodoh Insiden MH17"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info