Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Imej Sedih Detik Akhir 4 Bersaudara Sebelum Dibunuh Yahudi


GAZA – Gambar di atas mempunyai cerita yang tersendiri kerana ia merupakan imej terakhir dirakam sebelum kanak-kanak malang berkenaan terkorban akibat bedilan peluru tentera zionis.

Ia merupakan detik terakhir bagi Ahed Bakr, 10, Zakaria, 10 dan dua lagi sepupu mereka Mohammad, 11 serta seorang lagi yang juga bernama Mohammad dan berusia sembilan tahun, bermain, sebelum nyawa mereka melayang di tangan zionis.

Keempat-empatnya merupakan anak kepada keluarga nelayan yang dikenali di situ.

Malang menimpa mereka apabila mereka dibunuh ketika sedang melarikan diri daripada serangan tentera zionis.

Menurut bapa saudara mereka, Abdel Kareem Baker, 41, kejadian itu membuktikan Israel sememangnya pembunuh yang tidak mempunyai hati perut.

Abdel Kareem turut menyindir zionis kerana gagal mengenalpasti kanak-kanak yang sedang bermain dengan mereka yang dikatakan sebagai pengganas meskipun mempunyai senjata serba canggih.

Keempat mereka maut ketika lebih 100,000 penduduk Palestin diberi amaran supaya berpindah dan mengosongkan kediaman masing-masing oleh zionis yang merancang lebih banyak serangan udara.
sumber:http://mynewshub.my/main
0 Komentar untuk "Imej Sedih Detik Akhir 4 Bersaudara Sebelum Dibunuh Yahudi"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info