Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Tulisan Neelofa Ini Pasti Buatkan Anda Mahu Memakai Tudung Saat Ini Juga

Tulisan Neelofa pada setiap hari Ahad di Harian Metro memang sangat menarik untuk dibaca. Berbakat juga sebenarnya Neelofa ini dalam bidang penulisan. Apa yang menarik ialah perkongsian mengenai perkara peribadi yang terjadi kepada dirinya menyebabkan si pembaca merasa rapat dan dekat dengan Neelofa. Seolah-olah Neelofa itu adalah kawan baik/adik/kakak/awek kita. Itu bermakna teknik penulisan Neelofa adalah sangat ‘power’.

Masih bercerita mengenai penghijrahannya pada minggu ini, tertarik untuk berkongsi kata-kata yang mampu menjadi perangsang buat muslimah di luar sana yang ingin berhijab tetapi terlalu memikirkan pendapat orang sekeliling. Tulis Neelofa:-

Lofa terbaca satu kata-kata yang buat Lofa sangat tersentuh. “You can’t please everybody, so put God first and let the rest fall in place”. Bila Lofa hayati kata-kata ini, hati terus sayu.

Lofa terfikir selama ini sibuk nak jaga hati orang itu, apa orang ini akan cakap dan sebagainya, tapi Lofa tak terfikir pula kepentingan ‘apa Tuhan akan kata’.

Mulai saat itu, Lofa tahu ini yang terbaik untuk Lofa dan tekad untuk berhijab. Kita tak boleh menutup mulut orang, tapi Lofa nak beri semua orang beri peluang dan sokongan supaya Lofa terus istiqamah dalam apa yang Lofa lakukan.



Menarik bukan?Pasti kata-kata ini sedikit sebanyak akan meresap ke dalam hati Muslimah di luar sana yang membacanya. Mungkin akan ada yang terbuka hati untuk menutup aurat selepas membaca kata-kata ikhlas dari Neelofa itu. Menariknya Neelofa juga telah terbang ke Bangkok untuk mencari material membuat baju sendiri. Tak sabar nak tengok hasilnya kelak. Pasti bombastik.
sumber: http://beautifulnara.com/
0 Komentar untuk "Tulisan Neelofa Ini Pasti Buatkan Anda Mahu Memakai Tudung Saat Ini Juga"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info