Jutaan penduduk dunia ketika ini membantah dan menentang kekejaman tentera rejim israel yang sudah berterusan membedil warganegara Palestin sejak minggu lepas sehingga korban mencecah angka 172 orang.
Sudah pastinya, sebaik artikel ini ditulis angka kematian rakyat tidak berdosa di bumi Gaza terus bertambah.
Pengendali laman Facebook; Muslim Care Malaysia Society hari ini berkongsi sebuah videomenunjukkan penyampai berita laman web www.rt.com di Amerika, Abby Martin yang jelas menyuarakan kemarahannya kepada israel.
Abby dilihat berang dengan kenyataan yang dikeluarkan jurucakap White House di Washington DC, yang mahu pejuang Hamas menghentikan serangan roket berterusan ke Gaza.
Selain itu, beliau juga menyelar White House yang mahukan perdana menteri israel, Benjamin Netanyahu bertindak menghadapi serangan Hamas itu dengan bertanggungjawab.
Beliau turut menjelaskan kenyataan sebenar yang dialami penduduk Gaza apabila ratusan penduduk Gaza terbunuh ekoran serangan Zionis yang didakwa dilaksanakan untuk membendung serangan roket dari Gaza.
“Bertindak secara bertanggungjawab?, saya mesti berada di alam dongeng sekarang kerana bagi saya ia adalah hukuman terkumpul yang kepada seluruh penduduk Gaza, bertentangan dengan “bertindak secara bertanggungjawab”,” kata Abby.
Abby berkata laporan yang dikeluarkan oleh media Amerika Syarikat tidak boleh diharapkan melaporkan kebenaran kerana mereka sebenarnya ‘bertugas’ sebagai jurutaip kerajaan pimpinan Presiden Barrack Obama.
sumber:http://mynewshub.my/main
0 Komentar untuk "Wartawan RT.Com Bengang Dengan Rejim Zionis Serang Palestin"