Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Afdlin Bakal Mengarah Aktor Popular Hugh Jackman?


Siapa yang tak kenal dengan watak Wolverine yang dilakonkan pelakon Hugh Jackman kan?

Jangan tak tahu rupa-rupanya dalam diam-diam pelakon dan pengarah berkaliber, Afdlin Shauki dikhabarkan akan bekerjasama dengan Hugh untuk satu filem yang akan menceritakan sejarah hitam yang pernah berlaku di Sabah ketika zaman perang dunia kedua yang dikenali sebagai Sandakan Death Marches.

Menurut laporan The Star, peristiwa hitam tersebut merekodkan kisah ribuan askar Australia dan Britain telah dipaksa oleh tentera Jepun berjalan kaki sejauh 140 kilometer dari Sandakan ke Ranau yang terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu. Ramai askar telah terbunuh yang mana hanya enam orang askar Australia sahaja yang terselamat dalam peristiwa bersejarah itu.

Projek filem ini adalah di bawah kelolaaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia(FINAS) dengan belanja keseluruhan RM3 juta yagn mana 1 juta merupakan pembiayaan daripada kerajaan Malaysia dan selebihnya adalah daripada FINAS sendiri.

Kalau jadilah projek filem ini, pastinya nama Afdlin akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia apabila menjadi pengarah Melayu pertama yang mengarahkan Hugh. Bukan calang-calang aktor tu! 
sumber:– MYNEWSHUB.MY
sumber:http://mynewshub.my
0 Komentar untuk " Afdlin Bakal Mengarah Aktor Popular Hugh Jackman?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info