KASIHAN kami mendengar nasib yang menimpa pelakon Siti Shahrizah atau Eja dan dua lagi rakannya yang dirompak di selepas menghadiri majlis ‘baby shower’ di kediaman penyanyi Noryn Aziz, kelmarin.
Memetik laporan Harian Metro, Noryn berkata dia sudah masuk ke rumah ketika mendengar jeritan ‘Allahuakbar’ daripada rakan-rakannya.
“Bayangkan ketika kita buat majlis, mereka (perompak) berani buat perangai. Sebaik saya masuk rumah, tiba-tiba dengar jeritan dan bila jenguk luar, beg tangan dan barang-barang kawan-kawan saya sudah dirampas.
“Memang panik dan huru-hara jadinya. Mereka (kawan-kawan) semua meluru masuk semula ke dalam dan kami kunci pintu.
“Rupa-rupanya perompak itu sempat ikut dan gegar pintu rumah. Bila dah makin kecoh, mereka semua sempat lari,” ujarnya.
Sementara itu, Eja menerusi Murai.com berkata, dia kerugian sebanyak RM20,000 selepas tas tangannya yang mengandungi beberapa barangan berharga, wang ringgit termasuk 2 telefonbimbit dan juga iPad dirampas.
Akibatnya, dia dan anaknya Eishal trauma dan sukar melelapkan mata kerana masih terkenang kejadian itu.
“Bayangkan, perompak itu telah menghalakan parang ke muka saya dan menjerit supaya memberikan beg tangan saya dan kawan-kawan saya yang lain,” katanya.
Hmm…tergamak sungguh manusia zaman sekarang!
Bersabarlah Eja kerana apa yang penting, anda dan rakan-rakan selamat dan tidak diapa-apakan oleh perompak durjana itu.
sumber;http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Eja Trauma Dirompak Di Hadapan Rumah Noryn Aziz"