PESAKIT virus EBOLA warga Amerika Syarikat yang diterbangkan khas ke negara Uncle Sam itu dari Liberia tiba Selasa lalu di negara kelahirannya.
DIA dibawa dengan menaiki sebuah JET peribadi dari negara benua AFRIKA itu.
Bagaimanapun sebagai langkah keselamatan, tubuh Nancy Writebol telah dibungkus dengan pakaian khas BIOHAZARD dan dibawa dengan sebuah ambulan yang telah diubahsuai setelah tiba dengan sebuah jet peribadi.
Petugas perubatan AS terpaksa mengambil langkah keselamatan kerana sehingga kini belum ditemui penawar penyakit tersebut yang telah membunuh 90 peratus pesakitnya.
Sewaktu tiba di Pengkalan Udara DOBBINS, ambulan yang membawa Writebol telah diiringi empat kenderaan SUV polis ke HOSPITAL berkenaan.
Para petugas yang membawa wanita berusia 59 tahun itu ke Hospital UNIVERSITI, GEORGIA turut memakai pakaian khas serta bertopeng.
Di sana Whitebol akan dirawat bersama seorang lagi penderita penyakit yang sama, Dr. Kent Brantly di sebuah wad kuarantin di hospital tersebut.
Menurut jurucakap hospital, Writebol dan Dr. Kent akan dirawat dengan sejenis ubat khas yang belum pernah diuji pada mana-mana tubuh manusia di muka bumi INI!
sumber–Mynewshub.my
0 Komentar untuk "GAMBAR: Kesian…Pesakit Virus Ebola DIBUNGKUS Ke Amerika"