NAMPAKNYA model KERETA baru keluaran Perodua sudah mula ‘ditayangkan’ untuk tujuan promosi di jalan RAYA.
Biarpun tidak secara jelas, ramai yang menjangkakan ia merupakan model pengganti model Viva yang sudah tujuh tahun berada di pasaran.
Menerusi laman WEB Berita Semasa, model yang dinamakan Perodua Axia itu akan dibuka untuk tempahan sekitar hujung tahun ini.
Dilihat mengambil inspirasi model Daihatsu Ayla, harga Perodua Axia INI dijangkakan antara RM30,000 hingga RM43,000.
Bagi penggemar kereta bersaiz kompak dan mampu milik, mungkin model terbaru Perodua ini merupakan pilihan terbaik untuk anda.
sumber:http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Inikah Perodua Axia 2014…Model Ganti Viva?"