Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Jangan Abaikan Anak Anda

Satu kisah di laman Facebook mengenai seorang lelaki yang juga seorang suami terlihat "drama pagi" seorang ibu bersama anaknya di satu perhentian bas sekolah. Ikuti kisah selanjutnya dibawah.

Drama pagi Rabu :

Pagi tadi masa berjalan/joging dgn wife aku Abidah Abdul Ghafar,kami terserempak dgn seorang ibu yg tengah bergegas mengantar anak ke sekolah agama. Waktu tu dah pukul 8.45 pagi, sekolah start pukul 7.30 pg. Lewat sangat dah.

Anak tu keluarlah dgn tangisan dan rengekan sebab takut kena marah ustazah (sempat lagi aku pasang telinga). Tapi sebab ibu tu tengah rushing giler nak gi keje (ada seorang baby kat sebelah lagi) jadi ditinggalkan anak dia di tepi bus-stand sekolah. Kami cuma perati jer lah adegan tu sambil melangkah balik rumah.

Beberapa minit kemudian semasa nak melintas jalan untuk ke rumah, aku nampak budak tu kat belakang kami. Jadi kami tegurlah dia tanya, kenapa tak sekolah, dok kat mana, umur berapa tahun?

Budak tu baru darjah 2 dan tinggal 1.5 km dari sekolah agama tersebut. Dia tak nak masuk kelas, alasannya takut ustazah marah dan kena denda. Perjalanan balik ke rumah budak tu perlu melalui dua simpang lampu isyarat (satu jalan empat lorong dan satu lagi dua lorong).

Walaupun jalan agak lengang, tapi knowing perangai pemandu Malaysia yg tak endah lampu isyarat merah, kami tak konfiden nak lepaskan budak darjah 2 ni balik sorang diri. Tambahan plak sekarang ni banyak kes kidnap yang sadis berlaku.

Jadi kami pun offer nak hantar dia ke kelas sampai jumpa ustazah. Kami pujuk dia cakap ustazah tak akan marah, bukan salah dia pun.

Bila ditanya kenapa lewat, dia kata lewat sebab mak dia ada problem pagi tu. Bapak pulak kerja outstation 4 hari, besok baru balik.

So sampai kelas kami jumpa ustazah (muda lagi) beritau dia apa yg terjadi. Ustazah menarik nafas lega, kami senyum jer.

Settle la happily ever after sandiwara semasa pagi ni.

Moral of the story.
1. Walau stress mcm mana pun anak kena bagi priority over others. Mereka aset. Kerja boleh tukar, bos boleh tukar, anak kalau hilang tak boleh .

2. Bila lewat sekolah dan nampak mood anak kurang baik pastikan hantar sampai kelas or at least sampai masuk sekolah, jgn tinggal tepi jalan mcm tinggalkan bohsia/bohjan.

3. Cikgu/ustazah/ustaz kalau murid lewat jgn marah-marah dan jangan didenda. Nanti budak takut. Bukan salah diorang pun.

4. Zaman sekarang banyak jenayah kes colek, accident disebabkan kurang keperihatinan dlm masyarakat. Jadi kalau nampak satu yg meragukan dlm masyarakat kena "busy body" sikit la.

Sekian, wassalam.

#Diharap ibubapa mampu merancang jadual kehidupan mereka. Biar sesibuk bagaimana sekalipun, anak perlu di UTAMAKAN bukannya seperti melepaskan batuk ditangga. Sesal dulu pendapatan...sesal kemudian tiada gunanya!!!
sumber: kezoom
0 Komentar untuk "Jangan Abaikan Anak Anda"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info