Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Punca Utama Kemalangan Ops Selamat – Terbabas Sendiri!


Kenderaan terbabas sendiri dikenal pasti antara punca utama kemalangan maut sepanjang Op Selamat 2014 sempena Aidilfitri lepas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Beliau berkata daripada 58 kes kenderaan terbabas sendiri direkod dalam Op Selamat 2015, 41 kes merupakan kemalangan maut dengan 88 kematian.

Katanya, ia diikuti oleh pemandu yang cuba makan jalan iaitu sebanyak 21 kes serta kegagalan pemandu dalam cubaan memotong kenderaan di hadapan mereka iaitu sebanyak 21 kes.

Beliau berkata walaupun jumlah kemalangan menunjukkan peningkatan sebanyak 3.7 peratus iaitu 18,484 kes pada tahun ini berbanding Op Selamat tahun lepas sebanyak 17,831 kes, tetapi statistik kemalangan maut pada tahun ini mencatatkan penurunan.

Bakri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen atau daerah terbaik Op Selamat 5/2014 di sini, Isnin.

Beliau turut berpuas hati dengan tahap kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan penduduk dalam menjaga harta peribadi dan tempat tinggal serta mendorong komuniti untuk memberikan maklumat kepada agensi penguat kuasa itu semasa musim perayaan Aidilfitri.

“Seramai 22,104 tuan rumah telah menggunakan saluran seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Hotline Rakan Cop, serta menghantar borang balik kampung di balai untuk memaklumkan kepada pihak polis berkaitan rumah yang ditinggalkan kosong semasa perayaan,” katanya.– BERNAMA
sumber: http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Punca Utama Kemalangan Ops Selamat – Terbabas Sendiri!"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info