PENYERANG sensasi Uruguay, Luis Suarez pada Jumaat tiba di Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) di Lausanne, Switzerland bagi membuat rayuan berhubung sekatan penglibatan dalam sukan bola sepak selama empat bulan yang dikenakan terhadapnya.
Suarez, 27, disekat oleh Fifa daripada terlibat dalam aktiviti bola sepak selama empat bulan dan dilarang terlibat dalam kejohanan bola sepak peringkat antarabngsa selama sembilan bulan, selain didenda sebanyak £66,000 selepas didapati bersalah mengigit bahu pemain Itali, Giorgio Chiellini pada saingan Pila Dunia.
Suarez ketika ditemui pemberita, yakin hukuman yang dikenakan oleh badan induk bola sepak dunia itu akan dapat dikurang selepas mereka membuat rayuan.
Pengurangan hukuman sebanyak separuh daripada tempoh yang dikenakan akan melayakkan pemain terbabit membantu kelab baharunya, Barcelona menentang Villarreal pada perlawanan pembukaan La Liga, 31 Ogos ini.
Pasukan peguam Suarez turut menyatakan bantahan terhadap tindakan Fifa yang menyekat anak guam mereka berlatih dengan kelab baharunya.
CAS dalam pada itu dilaporkan akan mengambil masa selama beberapa hari sebelum membuat penghakiman terhadap rayuan berkenaan.
Sebelum ini, Jawatankuasa Rayuan Fifa menolak rayuan yang dibuat Suarez.
Suarez yang menjaringkan 31 gol dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu berhijrah ke Barcelona dari Liverpool menerusi yuran perpindahan sebanyak £75 juta.
sumber: http://www.mstar.com.my/
0 Komentar untuk " Luis Suarez Ke Mahkamah, Rayu Hukuman Fifa Diringankan"