Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

MH17: Mangsa Pertama Berjaya Dikenalpasti


Teoh mangsa pertama yang terkorban dalam nahas MH17 yang berjaya dikenalpasti.

 Tiga minggu selepas pesawat MH17 ditembak jatuh dengan mengorbankan 298 penumpang, mangsa pertama rakyat Malaysia berjaya dikenalpasti, menurut sumber.

Elaine Teoh, 27, yang berasal dari Pulau Pinang, dipercayai rakyat Malaysia pertama yang berjaya dikenalpasti oleh pakar forensik di Belanda.

Alumni Universiti Melbourne berkata identiti mangsa berjaya dikenalpasti dalam tempoh dua dan empat hari lalu.

Pihak polis telah menghantar wakil untuk memaklumkan kepada keluarga Teoh untuk pengesahan.

Difahamkan teman lelaki mangsa Emiel Mahler, 27, yang bersama-sama dengan Teoh dalam pesawat berkenan masih belum dapat dikenalpasti sehingga kini.

Teoh dan Mahler sedang bekerja dalam sektor kewangan di Melbourne dalam perjalanan ke Malaysia selepas menikmati percutian mereka di Portugal dan Belanda.

Sebelum ini pernah dilaporkan, teman baik Teoh, Tan Sook Then sepatutnya menjemput pasangan ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Julai.
sumber: http://www.mstar.com.my/
0 Komentar untuk " MH17: Mangsa Pertama Berjaya Dikenalpasti"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info