Photoshoot Ini Didakwa Menghina Kejadian Rogol Di India?
Jika anda masih ingat, dua tahun lalu di India gempar dengan kejadian rogol membabitkan seorang pelajar wanita jurusan fisioterapi yang dibelasah dan dirogol bergilir-gilir di dalam sebuah bas di New Delhi, India.
Wanita tersebut dan teman lelakinya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menonton wayang, kemudiannya diserang lima penumpang lelaki lain dan juga pemandu bas tersebut yang turut didakwa merogol mangsa.
Kes tersebut mendapat perhatian seluruh masyarakat dunia yang melahirkan rasa simpati mereka terhadap mangsa yang meninggal dunia dua minggu selepas insiden itu berlaku.
Mungkin ingin mengambil inspirasi daripada kejadian rogol tersebut, seorang jurufoto dari India, Raj Shetye telah mencetuskan kontroversi apabila mengambil tema photoshootnya berlatar belakangkan seorang model wanita dan beberapa model lelaki yang berada di sampingnya di dalam sebuah bas.
Menerusi photoshoot tersebut, dapat digambarkan si model wanita sedang melawan serangan model-model lelaki yang sedang melingkarinya.
Perbuatannya Raj ternyata menimbulkan kemarahan penduduk India yang mengatakan dia tidak sensitif dengan isu tersebut.
Namun Raj menyatakan dia mengangkat tema tersebut kerana ingin menimbulkan kesedaran penduduk di sana mengenai isu keselamatan di kalangan penduduk wanita di India dan menafikan dia sengaja mahu memperolok-olokkan kejadian malang terbabit.
0 Komentar untuk "Photoshoot Ini Didakwa Menghina Kejadian Rogol Di India?"