Raja Farah Nafi Rumahtangga Bermasalah, Cuma Sering Berjauhan
Dek kerana sering dilihat keseorangan keluar ke mana-mana tanpa bertemankan suaminya, baru-baru ini ada ura-ura yang mengatakan rumahtangga pelakon Raja Farah sedang bergolak.
Namun, Raja Farah yang ditemui dalam sidang media Malam Cinta Rasul baru-baru ini menafikan hal tersebut dan akui sering keluar tanpa ditemani suaminya, Megat Bashirun kerana suaminya kini menjadi guru selam di Pulau Perhentian, Terengganu.
“Sebenarnya memang saya sudah lama berjauhan dengan suami di atas tuntutan kerja masing-masing. Saya bekerja di Kuala Lumpur dan dia pula di Pulau Perhentian.
“Sebulan ada juga beberapa kali kami berjumpa itu pun jika cuti kami sama. Tapi saya kini jika tidak ada apa-apa urusan di Kuala Lumpur, saya sekarang menetap di Kelantan dekat dengan rumah mertua.
“Nak cerita mengenai hal rumahtangga ini, saya rasa saya lebih suka berdiam diri untuk bercerita mengenai hal peribadi. Cuma yang boleh saya katakan, alhamdulilah setakat ini belum ada masalah besar yang menggugat rumahtangga kami selama 4 tahun ini.
“Mungkin orang boleh timbulkan pelbagai andaian daripada apa yang mereka lihat tetapi yang mengentahui hal sebenar hanya kami berdua sahaja.
“Apa-apa pun saya minta semua agar mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan rumahtangga kami supaya dilindungi daripada apa jua keadaan yang boleh memisahkan kami,”katanya kepada murai.com.my.
Mengenai perkembangan kariernya, Raja Farah memberitahu dia bakal kembali aktif dalam dunia lakonan berbanding selepas baru berkahwin dahulu.
“Saya rasa sudah masanya saya bergiat aktif kembali selepas 4 tahun berumahtangga. Yelah kami hanya berdua dan tak banyak komitmen yang saya perlu fokuskan, lainlah jika kami sudah punya anak nanti.
“Lagipun kalau tak bekerja saya rasa keseorangn dan sunyi pula, saya bersyukur kerana suami juga izinkan saya untuk berlakon secara aktif,” luahnya lagi.
sumber: http://www.murai.com.my
0 Komentar untuk " Raja Farah Nafi Rumahtangga Bermasalah, Cuma Sering Berjauhan"