Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Aidil Zaquan Mengamuk Di Twitter, Cemburukan Iqram Dinzly?

 Tak de angin tak de ribut, tetiba je meletop kes Aidil Zaquan (menerusi Twitter) enggan membenarkan isterinya Ayu Raudhah berlakon selepas ini kerana "tak sanggup melihat isterinya diperlakukan sebegitu."?

"SAYA TAK SANGGUP TENGOK ISTERI DIPERLAKUKAN SEBEGITU.. LEPAS NI,NO MORE SHOOTING !!!!! #lagendabudaksetan3"

Sebelum ini hangat juga kisah Diana Danielle yang cemburukan Nora Danish bersama Farid Kamil, kini giliran si suami pula cemburukan isterinya.

Lagenda Budak Setan 3: Kasyah dibarisi beberapa pelakon terkenal seperti, Ayu Raudhah , Farid Kamil, Maya Karin, Iqram Dinzly dan ramai lagi.

Menerusi akaun Twitter beliau hari ini, Zaquan Adha meluahkan rasa tidak puas hati melihat isteri beliau ‘diperlakukan sebegitu’ dalam filem tersebut dan terus mengeluarkan arahan yang isterinya itu tidak akan terlibat lagi dengan mana mana penggambaran.

Kenyataan Zaquan Adha itu menarik perhatian Iqram Dinzly dan gandingan Ayu Raudhah dalam filem itu membalas kenyataan tidak puas hati itu dengan mengatakan berlakon di layar perak tidak sama dengan bermain bola sepak. Ayat Iqram menerusi Twitternya,

"Baru habis radio interview dgn pelakon lain & direktor #lagendabudaksetan3 di @hotfm976 . Smua ok tp ada mamat ni xleh blah ah!!! Pasai pa.

"Nilah payah nye kalau berlakon dengan isteri orang. Isteri yg ok.. Laki pulak yg lebih2. BE PROFESIONAL ah!!!

"Lu ingat BLAKON dlm FILM sama ke main BOLA SEPAK di PADANG. Bukannya wa rembat bini lu mcm bola dowh!!! GENTLE AH.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Aidil Zaquan Mengamuk Di Twitter, Cemburukan Iqram Dinzly? "

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info