Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

JLKN Akui Pergaduhan PLKN Marang, Pelatih Terbabit Di Ambil Tindakan

Berhubung klip video buli yang dikatakan sedang viral dalam sosial media, berikut merupakan kenyataan media Dato Hadi Awang Kecil, KP JLKN.

KENYATAAN MEDIA

VIDEO PERGADUHAN PELATIH PLKN DALAM MEDIA SOSIAL

Saya telah melihat video di dalam media sosial yang tersebar luas mengenai pergaduhan pelatih PLKN dan saya akui kejadian itu telah berlaku di kem PLKN Cenderawasih Cador, Marang Terengganu pada 18 Oktober 2013. Pelatih yang terlibat adalah dari Kumpulan 3 Siri 10/2013
.
Kes berkenaan telah diambil tindakan secara pantas oleh JLKN. Laporan polis telah dibuat pada hari yang sama mengikut Standard Operating Procedure ( SOP ) Jabatan. Pelatih – pelatih yang terlibat telah dipindahkan ke kem-kem lain untuk memberi amaran kepada pelatih –pelatih akan implikasi kepada pelatih yang tidak mematuhi disiplin kem. Jabatan juga telah memberi amaran kepada pihak Pengurusan Kem agar sentiasa memantau dan mengambil tindakan yang drastik ke atas individu yang terlibat agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

Disediakan oleh:
Dato Abdul Hadi bin Awang Kechil
Ketua Pengarah
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tarikh: 9 September 2014
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "JLKN Akui Pergaduhan PLKN Marang, Pelatih Terbabit Di Ambil Tindakan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info