Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Gosip Nikah Juruterbang Buat Wan Sharmila Rasa tertekan |

"Tak tahu. Saya tak tahu apa-apa pasal itu (berita bakal berkahwin). Tanya lah pada yang di atas (Allah). Saya pun tengah tunggu (jodoh) ni. Saya tak mahu cakap tentang gosip itu sebab saya takut kenyataan saya dimanipulasi,” itu respon Wan Sharmila tatkala diminta mengesahkan khabar yang mengatakan dia bakal mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini.

"Macam baru-baru ni, saya cakap begini tapi yang keluar berita begitu pula. Misalnya, saya cakap tak ada (majlis kahwin), tapi dikatanya saya menafikan pula. Bila masa saya nafi, yang saya cakap, tak ada," tambahnya lagi.

Pelakon berusia 33 tahun ini ditemui pada sidang media drama bersiri web Hanya Satu di Empire Shopping Gallery Subang, semalam. Drama yang turut menampilkan Syarif Sleeq, Kilafairy, Qhaud Rashid dan Fezrul Khan akan bermula pada 15 September di Tonton.com.my.

Laporan akhbar mingguan Ahad lalu menyebut, Wan Sharmila dikhabarkan sudah pun membuat persiapan majlis pernikahan dan perkahwinan dan bakal suami pelakon drama bersiri Tari Tirana itu juga dikatakan bukan orang seni sebaliknya bertugas sebagai juruterbang.

Menurut Wan Sharmila lagi, gosip yang tersebar itu menjadi bahan gelak antara dia & rakan-rakan namun jauh disudut hatinya, dia berasa sangat sedih dan kecewa dan merasakan ada pihak yang cuba memburuk-burukan namanya.

"Gosip itu jadi bahan gelak saya dan kawan-kawan. Kelakarnya sebab si penulis lebih tahu banyak daripada saya. Sedangkan saya tidak fikir langsung tentang nak kahwin sebaliknya saya lebih sibuk kerja cari duit. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati, saya berasa sangat sedih”

"Terasa diri seperti dihenyak-henyak, dipijak-pijak dan ditindas. Sedangkan saya tidak tahu dari mana dan bagaimana cerita itu boleh timbul. Mungkinkah disebabkan saya ini terlalu jujur dan ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap sikap saya itu", ujarnya dengan nada sebak.

Namun Wan Sharmila akui gosip sebegitu adalah asam garam dan lumrah biasa yang akan dilalui kebanyakan artis begitu juga dengan dirinya.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Gosip Nikah Juruterbang Buat Wan Sharmila Rasa tertekan | "

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info