Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Saya Tak Kejar Kahwin, Tak Mahu Menyesal Kemudian

Nora Danish | Setiap kali gambar Nora Danish bersama teman lelaki dimuat naik ke akaun sosial terutamanya Instagram pasti ada sahaja peminat yang menyarankan supaya pasangan ini cepat berkahwin. Namun buat tuan punya badan, perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dipaksa.

Nora Danish menerusi Media Hiburan baru-baru ini mengakui yang beliau faham akan kehendak peminat namun ini melibatkan masa depan dirinya sendiri.

“Saya faham apa yang dirasakan peminat. Saya bersyukur kerana mereka mendoakan yang baik baik sahaja. Saya pernah gagal dalam cinta dan perkahwinan. Untuk ke arah itu, kami tidaklah terlalu mengejar. Dulu masa muda, saya selalu fikir nak cepat kahwin”

“Bila sudah kahwin pula, kena fikir masa depan perkahwinan itu pula. Jadi ia bukan satu perkara yang ringan sebenarnya. Apa yang kami lalui kini bukan lagi proses nak mengenali hati budi kerana ia terlalu cliche, sebaliknya saya lebih kepada menerima keburukannya”

“Kalau dah kahwin nanti, tidak perlu nak complaint atau timbul rasa menyesal,” jelas Nora Danish yang turut mengakui kedua dua belah keluarga tidak memaksa untuk mereka berkahwin.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Saya Tak Kejar Kahwin, Tak Mahu Menyesal Kemudian "

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info