Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Melebihi Sepatutnya, Aidil Zafuan Tidak Setuju Tuntutan Mutaah RM300,000


Pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Razak tidak bersetuju dengan nilai tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon oleh bekas isterinya, Rita Rudaini. Aidil Zafuan menerusi peguam beliau Rushdan Sujak Rafie memfailkan pembelaannya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Atrasina Mohd Zahrullail semalam.

Rushdan berkata anak guamnya memberikan alasan nilai mutaah yang dipohon oleh Rita Rudainiadalah melampaui jumlah sepatutnya.

“Anak guam saya tidak bersetuju dengan nilai yang dituntut oleh bekas isterinya,“ katanya kepada wartawan Sinar Harian di luar mahkamah.

Menurutnya, kegagalan Aidil Zafuan hadir ke mahkamah pada tarikh yang lalu adalah kesuntukan masa selain perlu menyertai perlawanan bola sepak.

“Saman diterima oleh Aidil Zafuan adalah singkat sebelum kes ini disebut, dia juga tidak sempat untuk membuat lantikan peguam. Pada kali ini dia juga tidak hadir atas alasan menyertai pasukan kebangsaan untuk perlawanan persahabatan di China sebelum menyertai Sukan Asia,”katanya.

Mahkamah menetapkan 9 Oktober sebagai sebutan semula kes tersebut. Sebelum ini, Rita Rudaini yang juga seorang pelakon terkenal memfailkan tuntutan tersebut pada 7 Julai lalu.
sumber: http://www.rotikaya.com/
0 Komentar untuk "Melebihi Sepatutnya, Aidil Zafuan Tidak Setuju Tuntutan Mutaah RM300,000"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info