Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Fuhh Menarik : Wanita Tertimbus Tanah 17 Hari Masih Hidup Lagi

Reshma dilaporkan tertimbus di bawahh runtuhan kilang pakaian di Bangladesh diselamatkan daripada 1,000 orang yang sudah maut Reshma diselamatkan dan dalam keadaan baik selepas hanya makan makanan kering yanda kebetulan ada dekat dengannya selain minum sedikit air.


Dia ditemui pada tingkat 2 bangunan lapan tingkat Rana Plaza oleh anggota penyelamat yang sebenarnya ditugaskan mengumpul mayat. Saya dengar suara pekerja penyelamat sejak beberapa hari lalu.

Saya selalu memukul tembok dengan kayu dan besi bagi mendapatkan perhatian mereka, katanya kepada televisyen Somoy sambil dirawat. Tiada orang dengar laungan saya. Memang teruk keadaan saya. Saya bermimpi untuk lihat langit sekali lagi, katanya.

Ada sedikit makanan kering dekat saya jadi saya memakannya selama 15 hari, pada dua hari terakhir saya hanya minum air. Ada beberapa botol air dekat saya, katanya. Sebaik saja Reshma berjaya mendapat perhatian mereka, kru terbabit mengarahkan jentolak segera berhenti sebaliknya menggunakan peralatan menggali untuk melepaskannya.

 Mereka memberikannya air, oksigen dan air suling sebelum mengeluarkannya. Apabila Reshma bebas selepas 40 minit, mereka yang menunggu bersorak gembira. Reshma dihantar ke hospital tentera dalam ambulans.

Anggota penyelamat terkejut keadaannya yang baik sekalipun tertimbus begitu lama. Pegawai waran, Abdur Razzak yang ada pengalaman bertugas di jabatan kekejuruteraan menjadi orang pertama melihat Reshma yang tiada masalah bercakap.

Wanita tersebut masih hidup dan sihat.Kaka dan ibunya terharu ketika dihubungi menyatakan anaknya selamat
0 Komentar untuk "Fuhh Menarik : Wanita Tertimbus Tanah 17 Hari Masih Hidup Lagi "

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info