Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

PADAH ! Jari bengkak ‘digigit’ gegelung besi


Shah Alam: Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan dua jam apabila jari hantu tangan kanannya membengkak selepas tersekat gegelung besi dalam kejadian di Klang, kelmarin.
Ketika kejadian jam 9 malam itu, mangsa Chong Kah Hong, 5, dari Kuala Selangor dikatakan mengikuti ibu saudaranya ke jamuan makan malam di Klang sebelum terjumpa gelung besi itu dan memasukkan ke jari hantunya.

Difahamkan, tangan mangsa mula membengkak selepas gagal mengeluarkan gelung besi berkenaan sebelum ibu saudara mangsa membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan bantuan kecemasan.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Sri Andalas Masdar Suminggu yang juga ketua operasi berkata, pihaknya menerima panggilan dari HTAR memaklumkan mengenai kejadian pada jam 12.23 tengah malam.

“Apabila tiba di HTAR, hospital juga gagal mengeluarkan besi berkenaan sebelum menelefon dan meminta bantuan anggota bomba.
“Sehubungan itu pasukan anggota bomba dari BBP Andalas dikejarkan ke HTAR menjalankan khidmat khas memotong gelung besi berkenaan dan selepas 20 minit anggota bomba mengeluarkannya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, bomba menggunakan alat pemotong besi MRPK II dan mangsa dibenarkan pulang kerana tidak cedera.
Sumber: Hmetro
0 Komentar untuk "PADAH ! Jari bengkak ‘digigit’ gegelung besi"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info