Kami sebenarnya tertarik dengan satu tulisan Izara Aishah melalui Twitter beliau semalam yang menyertakan keratan akhbar laporan mengatakan dirinya kini sudah sombong & jual mahal dengan media.
Dalam laporan media tersebut, Izara Aishah kini dikatakan telah pandai menolak permintaan sesi fotografi lebih lebih lagi jika ia hanya di’adakan di dalam studio & juga menetapkan jenama solekan.
Bercakap kepada Malaysian Digest baru baru ini, Izara Aishah berkata beliau terlalu sibuk dengan jadual penggambaran dan kerja sehingga tiada masa untuk menghadiri majlis hiburan apatah lagi fotografi.
“Ramai yang cakap saya sekarang dah sombong. Saya juga akui, banyak sesi fotografi saya tolak. Saya minta maaf. Memang tak ada masa. Masa saya hanya di lokasi. Balik dah lewat malam”
“Luang masa dengan keluarga pun saya tak sempat. Saya tak sombong tapi sibuk. Saya sedih dan frust bila orang cakap saya sombong”
Dalam laporan sama, nampaknya bukan sekadar media & peminat terasa hati dengan kesibukan Izara Aishah tetapi ibunya sendiri turut merasakan yang anak gadisnya itu terlalu kuat bekerja.
“Sekarang ni, sebenarnya saya tengah tak bercakap dengan mama. Mama merajuk dengan saya. Dia kecil hati sebab saya asyik kerja, kerja.
Sampaikan saya balik rumah, memang tak berjumpa dengan mama dan adik saya. Iyalah, bila saya balik mereka dah tidur. Bila saya nak keluar ke lokasi, mereka tiada di rumah”
Sampaikan saya balik rumah, memang tak berjumpa dengan mama dan adik saya. Iyalah, bila saya balik mereka dah tidur. Bila saya nak keluar ke lokasi, mereka tiada di rumah”
“Sekarang ni saya tengah cari masa sesuai untuk bercuti sekejap dan luangkan masa dengan famili, mungkin nak bawa mereka pergi bercuti nanti,” jelas Izara Aishah lagi. -Rotikaya.com
0 Komentar untuk "Izara Aishah: Ibu Kini Merajuk Kerana Saya Terlalu Kuat Bekerja"