Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Keluarga paksa pulang

Kuala Lumpur: Dulu wanita ini dan pasangannya dibiar merempat bawah jejambat di tepi Sungai Klang, di sini, namun selepas kelahiran bayi sulung, Isnin lalu, ‘skrip’ kehidupan mereka tiba-tiba berubah.

Maya, 23, suaminya, Zaki, 29, serta bayi lelaki mereka dipaksa mengikut keluarga pulang ke kampung wanita berkenaan di Arau, Perlis, walaupun sebelum ini dia mendakwa langsung tidak dihiraukan keluarga.

Foto

Insiden perebutan bayi itu berlaku kira-kira sejam di pekarangan Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur kelmarin, antara Maya dan tiga abang serta bapa saudaranya yang datang dari Perlis untuk mengambil mereka bertiga sebaik pasangan gelandangan itu dibenarkan keluar pada hari sama.

Wartawan Metro Ahad yang berada di situ atas pelawaan Zaki mendapati, suasana tegang antara Maya dan keluarganya turut menarik campur tangan rakan gelandangan mereka yang hadir untuk melawat, seterusnya mencuri tumpuan kakitangan HKL serta pesakit lain.

Foto

Ini kerana, Maya tetap dengan keputusan tidak mahu mengikut keluarganya pulang ke kampung, sebaliknya ingin tinggal bersama Zaki dan bayi lelakinya di ibu kota.

-Hmetro
9 Komentar untuk "Keluarga paksa pulang"

iyelah,,, sampai bila Maya tu sanggup dok bawah jembatan. Baby tu, kan tak elok hidup dtmpt kotor.. Maya, Maya.. balik lah dulu, karang dah sihat kau ikut lah laki kau tu..

Alhamdulillah...
Maya...kau memang isteri yg setia...
Kau terima dan cintakan suami kau seadanya...
Tapi fikirlah seluasnya maya..
Smpai bila kah hidup kau mahu terus begitu..

nak..baliklah dulu..nanti mak kawen kan kao dgn dr ismadi...yer nak..laki kao..si kassim tu??..biar dia mampus bawah jambatan tu..balik yer nak..

cintakan manusia melebihi cinta kepada yang Esa ..inilah jadinya...cinta kunun smpai mati....kasihan si kecil..

Jangan pandai nak komen saja dekat sini. waktu dia merempat bawah jambatan ada hampa tolong,pergi Lost City.. park kereta sebelum roundbot tu. pastu korang jalan turun kebawah, amek lorong ke kiri,dalam 200 meter korang jumpa mereka. Tolong selebihnya,keluarkan dari hidup depa skrg. Sekarang pasangan ni dah beranak,bukan nak doa baik2..

ya betul itu ungkapan untuk wanita yang belum berkahwin..tapi bila wanita tu berkahwin..tempatnya disisi suami..biar mcm mana sekalipun keadaannya..syurga seorang isteri terletak ditelapak kaki suami..

betul 2..manusia hanya tau kutuk ja..cuba kalau kita dok kat tempat dorang..bru tau..

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info