Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

"Saya Dihalau Ibu, Bukan Anak Derhaka" - Afiq Muiz

SUBANG JAYA: Pelakon Afiq Muiz menyangkal dakwaan ibu kandungnya Hasliza Mohd, 48, bahawa dirinya mula berubah sikap dan lupa diri selepas bergelar pelakon.
Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 21, turut menafikan keluar dari rumah dan membuang keluarga serta adik beradiknya, sebaliknya mendakwa dia dihalau oleh ibunya sejak awal tahun lalu.
"Saya tidak keluar rumah dan tidak pernah buang keluarga tetapi Umi yang halau saya keluar dari rumah itu.
"Saya juga tidak tahu apa motif Umi cakap saya anak derhaka, apa salah saya?, Umi sudah tidak sayangkan saya lagi," katanya sambil menitiskan air mata ketika sidang media, di sini, pada Selasa.

Pelakon drama Mimpi Cinderella itu menjelaskan sebelum ini terdapat salah faham dan masalah dalaman keluarga antara dia dan ibunya sehingga berlaku perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati antara mereka.
"Saya sayang ibu dan adik-adik saya, selama ini saya bekerja memang untuk menanggung keluarga tapi mereka tidak faham keadaan saya.
"Setiap hari kalau saya balik rumah, dia sentiasa marah-marah saya dan kata macam-macam tapi saya tetap balik rumah hingga dia betul-betul halau dan saya nekad untuk keluar rumah," katanya.Beliau menyatakan rasa kecewa apabila segala pengorbanannya seperti tidak dihargai keluarga, malah ahli keluarganya tidak pernah bertanya tentang keadaan kesihatannya.
"Saya keluar rumah kerana mahu buktikan pada Umi bahawa saya boleh berjaya, tapi dia pula menganggap saya anak derhaka dan mendoakan keburukkan kepada saya," ujarnya yang mengakui keadaan kesihatan yang semakin terjejas serta mengalami muntah berdarah baru-baru ini.
Sementara itu, Afiq turut menafikan teman rapatnya, pelakon Eina Azman menjadi punca hubungan kekeluargaan antara dia dan keluarganya semakin bertambah buruk.
"Saya marah ibu dan adik-adik saya kerana menuduh Eina berkawan dengan saya sebab mahu kikis duit saya, padahal secara jujurnya tiada apa pun yang saya ada.
"Saya tiada duit atau harta yang nak diberikan kepada dia, dia sendiri mampu kerana dari keluarga yang berada. Saya minta adik-adik saya berhenti dari mengutuk Eina di laman sosial kerana akan menjejaskan nama baik dia.
"Tapi emak dan adik-adik tidak faham dan tetap mengutuk Eina, saya sendiri malu dengan keluarga dia," katanya yang mengakui agak rapat dengan keluarga wanita itu.
Ditanya tentang duit bernilai RM30,000, Afiq berkata ia adalah duit kontrak daripada sebuah syarikat penerbitan dan telah dibelanjakan untuk urusan penyewaan rumah barunya.
"Saya guna duit itu untuk urusan rumah baru dan barang-barang kelengkapan rumah saya serta diri sendiri dan ada selebihnya untuk simpanan.
"Saya tidak beri duit itu pada Eina seperti mana Umi dan adik-adik saya sangkakan," katanya.
Tambah Afiq, dia meminta agar ibunya berhenti memburukkan namanya dan menyelesaikan perkara tersebut dengan cara baik.
"Saya seboleh-bolehnya memang tidak mahu orang luar tahu perkara ini kerana ia memalukan keluarga sendiri. Saya mahu ia diselesaikan cara baik dan berharap agar ibu berhenti berperasangka buruk terhadap dirinya dan keluarga Eina," katanya.
Terdahulu, mStar Online pada Selasa membuat pendedahan eksklusif ibu kandung Afiq Muiz meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu.
Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman. -Mstar
0 Komentar untuk ""Saya Dihalau Ibu, Bukan Anak Derhaka" - Afiq Muiz"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info