Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Ashraf Muslim Kahwin Isteri Kedua Bukan Masalah Zuriat



    Ashraf menjawab pertanyaan pihak media berhubung kontroversi pernikahannya.
    KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengamal perubatan Islam Ashraf Muslim membuat keputusan untuk mengahwini isteri keduanya iaitu Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, kerana sudah berniat untuk memperisterikan wanita dan bukannya kerana masalah zuriat.
    Ashraf, 32, berkata, dia lama mengenali wanita itu iaitu sebelum berkahwin dengan isteri pertamanya iaitu Noor Dayana Lokman.
    "Saya berkahwin dengan Sakinah kerana memang hati saya terdetik untuk menikahi dia dan bukan kerana alasan zuriat.
    "Saya mengenali Sakinah sudah lama tapi kami hanya berkawan sebelum saya berkahwin dengan Dayana lagi. Saya bukan manusia sempurna," katanya pada sidang media yang dilakukan di Menara Mara, di sini, Khamis.
    Ashraf berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai lalu di Pattalung, Selatan Thailand yang turut dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.
    Manakala perkahwinan pertamanya dengan Noor Dayana Lokman, 26, adalah pada 30 Ogos 2011 di Mekah namun belum dikurniakan cahaya mata.
    Ashraf Muslim
    Jelas Ashraf, dia mengambil keputusan untuk berkahwin di Thailand sebelum menerima kebenaran poligami daripada mahkamah adalah kerana berlaku beberapa perkara di luar jangkaan.
    "Saya mahu menjaga hati ramai pihak dan pada asalnya ingin memberitahu semua selepas semuanya selesai.
    "Namun sebelum sempat untuk beritahu Dayana sudah mengetahui terlebih dahulu apabila menjumpai beberapa bukti dan tiket penerbangan di dalam beg saya," katanya.
    Sementara itu, Ashraf turut mengakui telah merujuk perkara tersebut kepada beberapa pihak serta golongan ustaz dan pakar kaunseling sebelum membuat keputusan berpoligami itu.
    "Saya tahu ia sesuatu yang sukar terutama sekali untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak.
    "Saya sudah minta pendapat kepada semua pihak termasuk keluarga saya, memang ada yang tidak setuju tapi ini adalah keputusan yang saya buat," katanya.
    Gambar album Ashraf dan isteri pertamanya Noor Dayana Lokman.
    Katanya, buat masa ini tanggungjawab utama adalah untuk menjernihkan keadaan dan memulihkan hubungan isteri-isteri dan keluarga kedua-dua belah pihak.
    "Sekarang saya dalam proses untuk memujuk kedua-dua belah keluarga dan tenangkan keadaan. Namun keadaan di luar masih belum tenang.
    "Dayana pun dalam proses untuk menerima keadaan, begitu juga Sakinah yang banyak terima kecaman daripada orang luar.
    "Saya hanya nasihatkan mereka agar banyak bersabar dan ikut cakap saya," ujarnya.
    Tambah Ashraf lagi, dia sudah mempunyai perancangan masa depan kepada kedua-dua isterinya.
    Dalam pada itu, Ashraf turut meminta maaf kepada keluarga kedua-dua belah pihak serta peminat kerana timbulnya isu di luar jangkaan sebegini.
    -mStar
    60 Komentar untuk "Ashraf Muslim Kahwin Isteri Kedua Bukan Masalah Zuriat"
    This comment has been removed by the author. - Hapus

    aduh..perangai pa lah macm ni..

    Bukan niat na menyalahkan. Tp jaga la aty isteri yg sah dulu. Ni mesti kes yg sorg makan dlm sbb kenal dgn si dia tp kawen ngn org lain. Last2 bt kputusan kawen senyap sbb kata na jaga hati kedua belah pihak kann. Dan satu Allah na jaga kak dayana dari terus ditipu dgn cara dia mnjumpai tix dan bukti kat dlm beg ashraf. Allah dah susun sume nye, dari awl lagi benda ni di rancang.

    tak suke.. terus lenyap minat kt kau..wek wek..

    kawin lah brp banyk ko nak..pduli apa aku...bkn duit aku pun..bkn sedara pun hahahahahahah

    Lumrah lelaki..mmg x salAh tp cARAnya yg salah...mana ada wanita nk dimadukan...luka tu susah nk sembuh...
    ..

    jangan sakitkan hati perempuan

    yg tak setuju ni mestinye sume perempuan..kalo perempuan dibenarkan berpoligmi lepas tu ade artis perempuan yg kes camni, mesti perempuan support habis-habisan..relax..

    yer la tu..???? hhhmmmm

    keputusan yg bongok....

    Knapa harus nikah dgan dayana kalau dri awal dh jumpa sakinah!? Nikah ja dgn sakinah terus. Cian dayana. Mangsa keadaan. .. xyah nak jd terlalu 'baek' sgt wahai llaki. Skali kmu prnah skitkan dn hancurkan hati isterimu,tiada mknanya lg kamu dcc nya. Dia mngkin hanya brtahan!... pk kan lah

    nanti Allah akan balas pada sakinah...baru dia tau org rampas suami dia...amin...

    ksian akak dayana..sabar ya akak..

    I agree with some of u. jagala hati isteri yang sah. Dayana x tahu benda ni and sedih bila nampak tiket tu, sama jugak dayana x rela dimadu kan? Poligami x sah la Asyraf kalau isteri x rela...u pujuk tp isteri dah merana and sedih sngat, tu dah namanya x berlaku adil. sama jugak la u senyap2 bercinta dgn girl lain dkt belakang. Sebab kalau cinta tu ikhlas n u jujur, Dayana la spttnya org 1st yang tahu..mudah2han Dayana diberi kesabaran..sedih dgn nasib dia

    stiap prbuatan akan dpt balasannya...apatah dr doa org yg trtipu n traniaya....hr ni sakinah di atas gelak ktawa dpt khwn laki org...laku jgk...sapa ms kau d bwh, rasakan balasannya....Amin.....

    mungkin dia khawin lain sebab isteri yang pertama dia tu tak cantik..langsung tak sepadan dengan asyraf. tapi yang pelik nye ..dia pergi khawin dengan sakinah tupun bukan cantik jugak.asyraf nie hensom kot .. 2-2 perempuan tu tak cantik.jangan peliklah jika selepas ini asyraf akan khawin lagi .

    kalo sembuh pun mesti ada parut jugak.

    dah mungkin tertulis cara die bernikah macam tu.die pun manusia.boleh lakukan kesilapan.

    sakinah tu cntuk ckit dr dayana tu..tu yg die kawin

    cara tu x berapa nak elok....org nya bijak pandai...

    Malas nak ambik tau dunia artis.... Pandai2 jaga isteri2 tu.... Berani buat berani tanggung, jgn cakap je....

    kesian dayana

    ish.. xpaham aku lah dia nih.. saja nak memutar belitkan cerita.. dah kenal lama.. tapi kawen ngan Dayana... ish.. Pelik r Penerangan ko... Perkara di Luar jangkaan terjadi...Perkara Apa? Sudah berniat memperisterikan Sakinah... Dah Ko g Kahwin Si Dayana Knapa?

    Biarlah dia yang nak kahwin, dia mampu apa salahnya kan....

    lantak lu la ada aku kisah!!!!!!!!!do i care!!!!

    ini tidak adil

    llki boleh kawen sampa 4 klau dia mampu...isteri sepatutnya membenarkan suaminya nak kwen lg sbb itu hak dia untuk tambah isteri dengan syarat dia boleh berlaku adil...berkorban whai isteri demi kebahagian suami dan isteri perlu redho dan ikhlas menrima madunya nescaya dia akan mendapat balasan sebagai isteri solehah..

    Saleh yaakob dh 4... Takkan dia xbleh kot....hihi

    xsalah nk kawen..asal g kawen diam2 tuu yg xbest..pas2 bayang kn perasaan dayana bila tgok tket g thailand..hancur luluh..hati seorg isteri

    Jodoh ni Allah yang tentukan xkira khawin yg keberapa pun.Tanpa izinnya xkan berlaku perkara tersebut.bukan sahaja bagi yg nk poligami walima yg nk khwin satu pun klau Allah belum temukan jodoh pasti xkan berlaku.so xperlulah kita dok salahkan sangta org yg berpoligami.muhasabah diri kita yg banyak kekurangan ini.

    Jodoh ni Allah yang tentukan xkira khawin yg keberapa pun.Tanpa izinnya xkan berlaku perkara tersebut.bukan sahaja bagi yg nk poligami walima yg nk khwin satu pun klau Allah belum temukan jodoh pasti xkan berlaku.so xperlulah kita dok salahkan sangta org yg berpoligami.muhasabah diri kita yg banyak kekurangan ini.

    elok2 minat kat dy.. terus xjd... hmm, en. ashraf, awk lelaki.. awk sbnrnya kne tahu tanggungjawab dan perasaan bini awk(dayana) takde isteri yg rela d madukan... dgn cara awk kawen senyap2 cm ni, lgi tmbh luka dihati dayana.. ingt! skli hati prmpuan tu d tpu dy akn sntiasa rasa d tpu, ckp la ap pn yg bleh meyakinkan dy percaya pd awk, tpi dlm hati dy xkn prnh nak prcya pd awk lgi.. ap pun sbar la dgn dugaan ni, sbb ini yg awk nak...

    saleh yacob cara nya betul buat kat malaysia plak tu, ni klu Dayana xjumpa bukti mesti smpai hari ni xtau g story..
    SEDIHHHHHH BETULLLLL

    kepada kaum adam yang nak berpoligami, jng lebih kepada ikot nafsu..berpoligami x salah, tapi buatlah dgn cara yang paling baik & jng smp timbulkan cerita2 yang akan menyakitkan hati org2 disekelilingnya..cth yg baik spt ustaz azhar & salih yakob.mereka juga berpoligami.. x kisahlah bagaimana dia meminta kebenaran, yang pasti isteri rela utk dimadukan..isteri utk dilindungi, disayangi...dan bukan utk dilukai.fahamilah perasaan mereka sebelum menyakitinya..walaupon, lelaki mmg berhak utk kawin lebih dr 1, itu tidak bermakna kamu (lelaki) berhak utk menyakiti hati isterinya..manusia mmg tidak sempurna, tapi ada akal. kesimpulannya, semoga masalah mereka ini cepat berakhir dgn kebahagian..& semoga suami mampu berlaku adil kepada isteri-isterinya...

    huh...lbh baik tgk org jht yg kta tau2 trang2 jht dr tgk org baik tp sbnrnya busuk bkn main atinya....ln kli klu x bpe nk ska jgn kawin drpd dok mgkhianat di kemudiannya!

    Allah tunjukakan dayana terjumpa bukti ticket flight & document lain. ..sy pernah lalui pkara yg lebih kurang sama..ashraf maybe u bole ckp dayana dlm proses menerima keadaan...tp sbenarnya hanya mampu utk bertahan shj...luka mungkin sembuh tp tetap berparut hingga ke akhir hayat...dayana tabahkan hati mu ya dik...pujuklah hati yg luka ya...slm syg. .

    tabahkan hati dayana.....ashraff kata :"berniat untuk memperisterikan wanita"" jadi dayana tu bkn wanita keerr???? ishhh...... lelaki nie........

    Tak jentleman la kawin sorok2..kata SUAMI..klu rasa diri 2 memang layak dan mampu buat pe nak sorok dari isteri pertama...permulaan poligami pon dah x betul..esok2 lagi la byk yang x betul..lg banyak benda yang di tipu.x yah lah nak jernihkan keadaan yang kau sendiri keruhkan....

    betul tu..klau dh awal ada hati kt sakinah tu knp x kawen je dgn sakinah tu..ni tak bg harapan plak kt dayana..

    Setuju sgt ngan pendapat di atas

    sebab tu perempuan tak boleh poligami..nk nasabkan dgn bapak mane pulak nnti..jgn hnya tahu nk slahkn perempuan..

    Dah la ckp stas urusan kerja kan..nmpk sgt pembohongnye dia ngan isteri..mane la isteri x sedih..

    si sakinah tu miang!!!!klu...rampas hak org...aq bnci ppuan mcm ni...kau tu da la ppuan cbe kau kne tmpt dayana..pe feel kau..

    benda ini mudah klu buat cara betul. tp awl lg dah salah langkah merahsiakan sesuatu yg baik.kahwin lbh dr satu boleh klu mampu tp biar dgn izin. ikut contoh Salleh Yaakob. insyaallah baiklah pengakhirannya. takde hati yg terluka

    kasian3...itu je ke yg mampu kalian ungkapkan...bukan seorang yg perlu kita simpati..tp ketiga2 mereka yg terlibat...ALLAH sedang menguji mereka bertiga....jgn kita nak menghukum atau mengkritik...kerna saya juga perempuan...ya benar mana ada perempuan yg ingin di madukan..
    pasti ada hikmah disebalik semua kejadian..

    Sia2 je ada ajaran agama yang baik.. last guna cara yang memalukan jua utk kawin lain.. pity for u la AM.

    Mudah dgn ungkapan maaf..hakikat yg menerima semudah itu ke..ilmu tinggi tapi tak sangka sanggup buat perkara luar jangkaan ni..lansung tak menghormati hak wanita..berilah contoh yang baik kerana seluruh malaysia mengenali anda kerana peribadi anda yg di pandang tiggi sebelum ini..tindakan anda ini menyebabkan kami kaum hawa terasa mudah dipermainkan sewenangnya dengan perkataan maaf daripada anda orang2 yang dipandang mulia sebelum ini..moga bahagia dengan pilihan anda.

    kan sedihnya tengok dayana bila terjumpa dokumen tue hurm,sabar lhaa mungkin ada himah dsebalik nie,simpati kat dayana.hurm.

    Biar laaa...dah tertulis dia kawin lebih dr 1...korang yg sibuk2 nape...dia mampu dia kahwin...soal adil xadil tu biar la dia yg tanggung sendiri....adoyaiiii!!! korang2

    klu xda minat tu x pyh lh nk mnyibuk bg komen... klu isteri pertma x cantik kenpa nk khwin, asrhaf tu buknnya buta... lelaki klu nk khwin lbh dri satu msti ada sj alsan yg dbg.. jgn bg alsn dri tak sempurna, krna smua makhluk d dnia x smpurna itu bkn alsn yg munasabah... btol tu knp x nikah jk dgn Sakinah klu dh kenal Sakina sblom dyana.. Muka sja Handsme & lagak alim rpnya x seindah rupa...

    sakinah setiap prbuatan pasti de blsn... ko sbgai prmpuan pttnya tau prsaan seorng prmpuan lain klau dmadukan.... klau dia blh buat pada dayana, x mustahil dia blh buat pada ko gak... hahahahha..... time tu 1 dunia akn ketawakn ko plak... n i hate asyraf muslim....

    wek?ayo sape buat

    dr minat denih trus x minat .kesian dayana .bwk bsbr,pst ad hkmh .

    smoga ada hikmah sebalik smua ini,berharap ashraf dpt mnjd suami yg adil :)

    yang penting kena adil dalam menjalankan tugas sbg suami dah lah.. k :)

    cakap boley la...tunggu je la hari pertimbangan nanti...

    kongsi2lah kamu batang c ashraf tu... bueek..!!!

    klau pmpuan plak bleh khwin 4,ape prassan llaki..?

    Tu kira baek dayana bleh trima...dpt isteri x penyabar...mau nk dkt 3 bln pujuk, x dpt!

    Si dayana diberi dugaan menerima hakikat yg berlaku....asyraf lak diduga bagaimane nk berlaku adil...dak sakinah ni lak nk kena pikir camne nk jwb segala pertanyaan n camne nk bertolak ansur ngan dayana lepas ni....hai....! Allah maha adil kn???

     
    Copyright © 2014 - All Rights Reserved
    Template By. Catatan Info