Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Liza Abdullah Nafi Mahu Kahwin

 "Bukan saya yang akan berkahwin tetapi pembantu saya yang akan bertunang," itulah jawapan Liza Abdullah ketika ditanya tentang gosip yang mendakwa dia akan berkahwin hujung tahun ini.

Gosip yang mendakwa dia bakal menamatkan status janda pada hujung tahun ini disiarkan dalam sebuah ruangan gosip sebuah akhbar mingguan hari ini.

Liza yang dihubungi memberitahu, gosip itu timbul mungkin kerana si penulis salah faham dan mendapat maklumat daripada orang yang salah.

"Mungkin ada yang bergurau mengatakan saya akan mengikut jejak langkah pembantu saya, Zura yang akan bertunang itu.

"Saya memang terkejut bila mendapat tahu berita itu. Buat masa sekarang saya belum terfikir untuk berkahwin lagi kerana saya baru sahaja bercerai pada Februari lalu," katanya.

Liza dan bekas suaminya Zolkifli sah bercerai talak satu pada 24 Februari lalu. Hasil perkahwinannya kira-kira 26 tahun, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Liza Abdullah Nafi Mahu Kahwin"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info