BETUL ke Rozita Che Wan merajuk panjang baru-baru ini? Macam-macam cerita yang Syed dengar pasal Che Ta sampaikan pelbagai versi cerita yang orang dok jaja perihal ibu anak dua ini. Kali ini bukanlah cerita tak baik pun. Cuma baru-baru ini ada rakan baik Che Ta beritahu Syed yang pelakon berkenaan merajuk panjang dengan buah hatinya. Mula-mula dia tak mahu cerita apa yang dah berlaku tapi akhirnya dia buka juga cerita.
Aku dengar cerita yang Che Ta tu memang merajuk panjang dengan Zain Saidin. Bukan apa pun sebab Zain khabarnya semakin sibuk sejak akhir-akhir ini.
Pendek kata nak telefon atau hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) pun dah tak kerap macam dulu. Orang tengah banyak job... maklumlah sekarang semua produksi tengah sibuk dengan drama dan telefilem untuk bulan puasa dan hari raya.
Jadi satu hal pula untuk Zain memujuk kembali kekasihnya itu. Kalau nak ikut memang Zain tengah kerja keras kumpul duit nak kahwin. Bukan senang nak pikat Che Ta apatah lagi nak meminang pelakon berkenaan.
Cukup-cukuplah rajuk tu Che Ta. Tak elok nak tarik muncung lama-lama. Jenuh pula Zain nak pujuk," kata temannya lagi.
Tak mengapalah dugaan orang bercinta ini macam-macam. Apa yang penting harap-harap perkahwinan yang mereka rancang hujung tahun ini menjadi. Ramai yang tak sabar nak tengok Che Ta naik pelamin.
Syed: Tunggu Kamal Adli pinang Intan Ladyana.
-Utusan
0 Komentar untuk "Che Ta merajuk?"