Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Hairul & Leen Juara Ceria Popstar

Pasangan Hairul dan Leen merangkul tempat pertama pada pertandingan akhir Ceria Popstar.
KUALA LUMPUR: Peserta Hairul dan Leen diumumkan sebagai juara rancangan Ceria Popstar Akhir yang disiarkan secara langsung dari Studio 1, Astro, di sini, Ahad.
Hairul Asri Alis Sofjan, 14, dan Nur Shazleen Natasha Kamaluddin, 13, berasal daripada Kuala Lumpur membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi kemenangan.
Dalam konsert akhir, pasangan yang juga anak didik kepada penyanyi Atilia membawa lagu Seiring dan Sejalan pada pusingan pertama dan Impianku pada pusingan kedua yang juga merupakan lagu baru.
Sementara tempat kedua di menangi oleh Trisya (Atilia) dengan menyanyikan laguMatahariku membawa balik wang tunai sebanyak RM15,000.
"Mereka bekerja kuat untuk pertandingan akhir ini walaupun pada asalnya saya menjangka yang mereka boleh ke tahap ini.
"Alhamdulillah usaha kami selama 10 minggu akhirnya berbaloi," kata Atilia ketika ditemui pada sidang media Pertandingan Akhir Ceria Popstar, di sini, Ahad.
Sementara tempat ketiga dimenangi oleh Vasion Mate (Cat Farish) dengan membawa pulang wang tunai RM10,000.
Pada pertandingan akhir ini jumlah markah dikira 70 peratus daripada juri profesional, manakala 30 peratus daripada khidmat pesanan ringkas (SMS).
Juri profesional terdiri daripada penyanyi Nurul Wahab, Mawi dan Aaron Aziz.
Rancangan yang bermula sejak awal 5 Mei lalu turut melibatkan Razmil dan Flower Queen iaitu anak didik kepada penyanyi Hazama.
Ceria Popstar bersiaran setiap Ahad pada pukul 11.30 di saluran Astro Ceria.
-mStar
0 Komentar untuk "Hairul & Leen Juara Ceria Popstar"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info