Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Inul Darasista ajar anak puasa

Inul Darasista ajar anak puasa
Ramadan ialah bulan yang turut dinantikan penyanyi dangdut, Inul Daratista. 

Bukan sekadar memperlahankan kerjaya seni dan menutup operasi karaoke miliknya, ibu kepada seorang anak lelaki ini memilih menghabiskan masa bersama keluarga. 

Seperti ibu bapa lain, dia dan suami mengajar anak tunggal mereka, Yusuf Ivander Damares, berpuasa walaupun baru berusia empat tahun. 

“Saya jelaskan mengenai Rukun Islam dan Rukun Iman supaya dia lebih faham kewajipan sebagai Muslimin. Saya juga baru terangkan kepadanya mengenai puasa dan solat. 

Tidak memaksa 

“Walaupun masih kecil, kewajipan ini perlu dididik dari usia muda. 

Cuma, kami tidak memaksa, sebaliknya membiasakan dirinya tidak makan atau minum selepas bangun tidur. Nampaknya, dia hanya makan selepas Zuhur,” katanya. 
Kebetulan hari lahir buah hatinya itu jatuh sehari sebelum 1 Ramadan, namun disebabkan sibuk, dia dan suaminya tidak dapat meraikan ulang tahun anak mereka. 

Berdasarkan perancangan, Inul mahu mengadakan majlis istimewa di kampungnya di Pasuruan, Jawa Timur.

-Bharian
0 Komentar untuk "Inul Darasista ajar anak puasa"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info