KUALA LUMPUR 12 Julai - Aktres kontroversi Lana Nordin, 34, hari ini mengaku tidak berpuasa sejak tiga hari lalu lantaran sakit, tetapi menafikan ditangkap semalam.
Lana yang mendakwa dirinya kini terlantar sakit di rumah terkejut dengan tuduhan yang mengatakan dia ditangkap kerana tidak berpuasa dan minum arak sewaktu bermain mahjung di sebuah pusat siber di Puchong.
"Memang saya tak berpuasa kerana perlu gambil ubat untuk redakan demam yang saya alami sejak tiga hari lalu.
"Pada mulanya agak terkejut, kerana saya memang tak berpeluang baca kisah tersebut di Internet dan hanya diberitahu melalui panggilan telefon oleh mereka yang mahukan kepastian. Mungkin gambar itu seperti saya, tetapi itu bukan saya, " katanya yang kehilangan suara sejak beberapa hari lalu.
Ditanya penerimaan diri dan keluarganya mengenai hal ini, menurut Lana, pada mulanya agak terkilan dan apabila sedar itu semua tuduhan tidak berasas, itu membuatkannya tidak mempedulikannya.
Malah, bagi Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, kehadiran keluarga di sisi sepanjang keadaannya yang tidak sihat, terus menguatkan semangatnya.
"Syukur ibu saya ada bersama saya ketika ini, asalkan mereka percaya saya itu sudah mencukupi," katanya.
-Utusan
2 Komentar untuk "Lana terkejut dakwaan ditangkap tak puasa, minum arak"
sabar je la..tak smua org perpecf.
sabar je la..tak smua org perpecf.