PETALING JAYA: Beberapa keping gambar yang menunjukkan murid-murid sedang makan di bilik persalinan pada waktu rehat yang kononnya supaya tidak menyinggung perasaan umat Islam yang berpuasa kini disiarkan di laman sosial Facebook.
Gambar-gambar yang mencetuskan kontroversi itu dikatakan diambil di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana di Sungai Buloh.
Seorang ibu, Gunesweri Kelly, yang berkongsikan gambar berkenaan di Facebook pada Selasa berkata, bahawa bilik persalinan itu berbau kerana ia terletak bersebelahan dengan tandas.
"Sebagai ibu, saya sebak dan sedih. Saya perlu membantu anak saya daripada terseksa berada dalam bilik itu pada waktu rehat," katanya.
Beliau menambah, pihak sekolah tidak mengendahkan aduannya.
Pengguna Internet mendakwa bahawa kantin sekolah berkenaan ditutup.
Isu tersebut turut menjadi topik panas di Twitter, dengan mereka menggunakan with hashtag #makandalamtoilet bagi menyuarakan keprihatinan itu.
Cubaan untuk menghubungi guru besar Mohamad Nasir Mohamad Noor gagal berikutan nombor telefon yang diberikan tidak dapat dihubungi sejak pukul 2 petang.
Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan berkata: “Kami akan melihat perkara ini secara serius dan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan ia tidak berulang."
-mStar
2 Komentar untuk "Murid Dipaksa Makan Di Bilik Persalinan"
Keterangan lanjut tgk blog mazidul..
brpa bnyk kna like la..