GEORGETOWN: Makanan istimewa di Pulau Pinang, nasi kandar, dipopularkan di peringkat antarabangsa apabila sebuah syarikat kapal pelancongan antarabangsa Genting Hong Kong Ltd akan menganjurkan pertandingan 'The Star Cruises Nasi Kandar Cooking Competition 2013'.
Pembantu Timbalan Presiden Pengoperasian Star Cruises Eric Sia berkata syarikat itu menganjurkan pertandingan masakan nasi kandar atas kapal Super Star Libra yang berlabuh di Pulau Pinang pada 21 hingga 23 Ogos ini.
Beliau berkata cabaran memasak nasi kandar itu dikhususkan kepada kari kepala ikan sebagai simbol kegemaran masyarakat India-Muslim di Pulau Pinang dan pertandingan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu professional dan amatur.
"Markah pertandingan akan dinilai berdasarkan keaslian, teknik, rasa, persembahan, keselamatan dan kebersihan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah lebih RM8,000 dan pakej pelayaran kapal-kapal pelancongan yang bernilai lebih RM26,000.
Mereka yang berminat menyertai pertandingan itu boleh mendapatkan keterangan lanjut menerusi laman web www.starcruises.com atau emel kepadanasi.kandar.competition@starcruises.com sebelum 5 Ogos ini.
-mStar
0 Komentar untuk "Nasi Kandar Popular Diperingkat Antarabangsa"