KEMAMAN - Seorang pekerja kilang maut setelah badannya tersepit ketika sedang menyelenggara mesin memproses kelapa sawit di Kilang Kelapa Sawit Panji Alam Seri Bandi di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Che Suza Che Hitam berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pada bahagian jentera itu.
Katanya mangsa Mohd Bistari Bistaman, 27, yang berasal dari Felda Jelai 2, Gemas di Negeri Sembilan disahkan meninggal ketika tiba di Pusat Kesihatan Seri Bandi sejurus selepas kejadian.
"Ketika kejadian mangsa bersama adiknya sedang menyelenggara jentera untuk membuang tandan kosong kelapa sawit yang tersekat.
"Namun secara-tiba-tiba jentera berantai itu bergerak dan menghimpit perut dan dada mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dada dan perut dan disahkan meninggal
-Kosmo
0 Komentar untuk "Pekerja kilang maut tersepit mesin proses kelapa sawit "