Bukit Mertajam: Seorang wanita warga Indonesia sanggup berhimpit dalam 'ruang rahsia' di sebuah rumah kongsi bersama bayinya yang berusia 18 bulan semata-mata untuk mengelak ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen, di Kampung Teluk di sini, semalam.
Bagaimanapun, tindakan wanita berusia 30-an itu sia-sia apabila penguat kuasa yang melakukan pemeriksaan di tapak pembinaan, kira-kira jam 1 pagi, berjaya mengesan ruang rahsia itu yang terletak di belakang rumah kongsi berkenaan.
Wanita terbabit bersama bayinya serta tujuh lelaki warga Indonesia dan Myanmar ditahan dalam serbuan itu kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Elak ditahan
Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Basri Othman, berkata pemantauan pihaknya mendapati warga asing sanggup melakukan apa saja untuk mengelak ditahan.
Justeru, pihaknya melakukan pemeriksaan rapi bagi memastikan tiada sasaran yang terlepas dalam setiap operasi.
“Mereka semakin bijak seperti membuat persediaan awal dengan mem bina ruang rahsia supaya dapat bersembunyi ketika serbuan. Tetapi, jangan ingat mereka boleh lepaskan diri kerana kami sentiasa bersedia dan peka dengan taktik yang digunakan,” katanya.
Sementara itu, dalam serbuan di sebuah premis urut dan spa di Jalan Raja Uda, Butterworth, kira-kira jam 6.15 petang kelmarin, Jabatan Imigresen menahan dua wanita dan seorang pondan warga Vietnam kerana tiada dokumen perjalanan.
Dua penguat kuasa jabatan itu terpaksa melakukan penyamaran untuk berjaya membongkar kegiatan berkenaan.
Semua warga asing terbabit ditahan mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan dihantar ke Depoh Tahanan Juru untuk siasatan lanjut. -BH

0 Komentar untuk "Semasa : Ibu, bayi sorok di 'ruang rahsia'"