KUCHING - Sebuah restoran yang pernah diserbu Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) pada tahun lalu kerana menawarkan sajian bercampur perasa arak dalam Bufet Ramadan musnah dalam tiga kebakaran misteri semalam.
Kejadian pertama yang bermula kira-kira pukul 8 malam di bahagian tepi premis di Bulatan Budaya, di sini namun kebakaran kecil tersebut berjaya dipadamkan pasukan bomba.
Selepas api dipadamkan, orang ramai yang lalu-lalang di kawasan tersebut dikejutkan dengan dua lagi kebakaran lebih serius yang masing-masing berlaku pada pukul 12 tengah malam serta 2.45 pagi semalam.
Kebakaran terakhir pada awal pagi itu akhirnya memusnahkan keseluruhan premis dua tingkat tersebut.
Difahamkan, premis berkenaan turut terlibat dalam satu lagi kejadian kebakaran kecil pada Selasa lalu sebelum pemiliknya membuat keputusan menghentikan operasi buat sementara waktu.
Ketua Bomba Zon Kuching, Teong Lee Hee ketika ditemui lokasi kejadian berkata, pihaknya berjaya memadamkan dua kebakaran terawal namun dalam kejadian ketiga, api marak begitu cepat sehingga memusnahkan keseluruhan bangunan.
-Kosmo
0 Komentar untuk "Restoran musnah dalam tiga kebakaran misteri"