Ketika Pemilihan Presiden semakin rancak berlangsung di Indonesia antara Prabowo Subianto dan Joko Widodo, seorang artis Indonesia yang popular mengejutkan rakyat negara itu dengan satu tweet yang ‘berani’.
Artiks Dewa19, itu Ahmad Dhani dilihat menulis satu tweet yang digelar dalam Bahasa Indonesia sebagai satu tweet nazar kerana bersumpah akan memotong kemaluannya jika Joko atau dikenali sebagai Jokowi menang.
Ahmad Dhani dikenali dalam Pemilihan Presiden Indonesia sebagai penyokong kuat lawan Jokowi iaitu Prabowo yang dimahukan penyanyi itu menggantikan Presiden Indonesia Susilo BambangYudhoyono.
“Saya akan potong kemaluan saya, kalau Jokowi bisa menang dari Prabowo Subianto!! Itu sumpah saya!!” kata Ahmad Dhani memetik laporan laman web Merdeka.com tulisan wartawan Dwi Andi Susanto.
Menyedari tweet berkenaan agak berani dan melampau,hasil pemeriksaan lanjut mendapati tweet berkenaan tidak wujud dalam akaun twitter milik beliau.
Tweet sumpah luar biasa itu, sebenarnya merupakan tweet yang telah diedit oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
Ahmad Dhani turut mengecam perbuatan itu dan menyifatkan media online seperti blog mengambil kesempatan atas tweet yang telah diubah itu untuk sebagai kepentingan mereka.
Media Online yg mengutip AKUN HOAX/AKUN EDITAN dan melansirnya sebagai sumber pemberitaan utk kepuasan pribadi dan golongan.
— Dhani Ahmad Prasetyo (@AHMADDHANIPRAST) July 21, 2014
“Media online yang mengutip akaun editan dan melansirnya sebagai sumber pemberitaan untuk kepuasan peribadi dan golongan,” kata Ahmad Dhani mengutuk perbuatan berkenaan.
sumber–MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Ahmad Dhani Nazar Potong Kemaluan Jika Jokowi Menang?"