Wajarkah Kongsi Gelap Melayu Belasah Dua Remaja Tak Puasa?
BANGGA sungguh pengendali akaun Facebook Persatuan Kongsi Gelap Melayu memuatnaikgambar dua remaja Melayu yang cedera akibat dibelasah oleh salah seorang ahli mereka, Abang Long Rafi kerana tidak berpuasa.
Menurutnya, ia terjadi di sebuah pondok kosong di Jerlun.
Bagaimanapun, tindakan itu tidak mendapat pujian daripada pengguna Facebook yang lain, sebaliknya mereka mengecam perbuatan kejam itu.
Setahu kami, agama Islam tidak mengajar umatnya untuk mengasari orang lain yang jauh lebih lemah walaupun mereka melakukan kesalahan.
Bukankah ada cara lain yang lebih baik seperti menegur ataupun melaporkannya kepada pihak berkuasa?
Hakikatnya, ini bukannya cara hendak menyedarkan orang Melayu, tetapi lebih kepada memalukan bangsa Melayu itu sendiri…
sumber:MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Wajarkah Kongsi Gelap Melayu Belasah Dua Remaja Tak Puasa?"