Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Digi Tawar Bayar Kos Baik Pulih Kereta Uncle Penyabar & CDM25


Selain Ketua Polis Negara, video viral melibatkan pemandu Peugeot Putih bertindak ala samseng jalanan terhadap seorang warga emas yang melanggar belakang keretanya tanpa sengaja pada hari ini telah menarik perhatian syarikat telekomunikasi, Digi Telecommunications untuk ‘masuk campur’.

Menerusi satu status dimuat naik di Facebook, Digi menawarkan untuk membayar kos baik pulih kereta lelaki warga emas tersebut kerana telah menunjukkan sifat penyabar dan empati ketika menangani situasi tengah hari semalam.

Pada masa sama, Digi turut memberi tawaran sama kepada pemandu CDM25 kerana memahami keadaan sukar yang telah dilaluinya namun dia perlulah memaafkan Uncle tersebut terlebih dahulu.

Mungkin bagi Digi, tawaran ini dianggap selaras dengan bulan Ramadan sekarang di mana umat Islam dianjurkan berbuat baik dan prinsip ini digambarkan dengan hastag #30HariBaik.
sumber:- MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Digi Tawar Bayar Kos Baik Pulih Kereta Uncle Penyabar & CDM25"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info