Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Hos TV Dibunuh Kerana Pencuri Marah Dia Tiada Wang



China – Seluruh penduduk di China dikejutkan dengan kematian seorang hos popular program TV akibat dirompak dan dibunuh oleh perompak dalam kejadian ngeri yang berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah.

Pengacara glamor rancangan ‘Home in the Countryside’ itu, Chen Xia, 26, dirompak dan ditikam dua lelaki selepas mereka mengamuk kerana dia tidak membawa wang yang banyak seperti jangkaan mereka.

Dua perompak kejam itu kemudiannya mencampakkan Chen yang telah ditikam itu ke dalam sungai.

Chen masih hidup ketika dicampak dalam sungai dan dia sempat menjerit. Kebetulan ketika itu terdapat anggota polis dan mereka kemudiannya menahan dua lelaki tidak berhati perut itu.

Menurut polis, Chen masih hidup ketika berada dalam sungai namun ketika pasukan penyelamat menariknya keluar, dia sudah meninggal dunia.

Kematiannya menyedihkan peminat kerana ia merupakan sesuatu yang mengejutkan.
sumber: http://mynewshub.my/main
0 Komentar untuk "Hos TV Dibunuh Kerana Pencuri Marah Dia Tiada Wang"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info