Menurut Johan, tindakannya itu hanya semata-mata untuk menghargai haiwan berkenaan yang sama-sama terlibat dalam penggambaran filem terbitan Tangan Seni Sdn. Bhd. iaitu Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang berakhir baru-baru ini.
"Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa anjing pengesan juga berperanan besar dan rakan baik kepada pejuang kita dalam mengesan penjahat atau penceroboh di dalam hutan demi mempertahankan negara kita.
"Ia juga adalah pejuang dan perkara itu yang saya pelajari tentang anjing pengesan ini ketika menjalani penggambaran filem berkenaan,"
Ekoran Johan memuat naik gambar berkenaan di laman sosial Instagram miliknya dia dikatakan tidak sensitif sehingga menimbulkan perbalahan di antara kalangan peminatnya.
Tambah Johan, pada dasarnya dia tidak memegang anjing berkenaan biarpun dia mempunyai beberapa adegan bersama binatang itu.
Pun begitu kata Johan, setiap kali selesai penggambaran dia akan samak seluruh badannya bagi memastikan tiada sebarang keraguan timbul dalam dirinya.
"Tiada masalah jika terpegang anjing kerana kita boleh samak seperti mana di ajar dalam Islam.
"Bagaimanapun bagi mengelakkan rasa was-was saya akan memastikan setiap kali habis penggambaran bersama anjing pengesan itu saya akan samak seluruh badan saya," katanya.
Sementara itu, Johan berkata, pengalaman berlakon bersama seekor anjing adalah pertama kali buatnya sepanjang bergelar pelakon dan mengakui ia bukan mudah.
"Pada mulanya saya tidak berani untuk berlakon bersama anjing tetapi selepas diberi tunjuk ajar tentang cara mendekati anjing baharulah saya jadi berani," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Johan berkata, pada 1 Ogos depan dia akan berangkat ke Pulau Krabi, Thailand bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid untuk penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Johan As'ari Jawab Isu Bergambar Dengan Anjing "