Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Malique Rindu Too Phat, Muatnaik Status di Twitter?

Sejak lagu baru Joe Fizlow ke udara, Malique Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Malique2Phat dilihat seperti membalas balik bait-bait lirik lagu terbaru Joe Flizow iaitu Apa Khabar menerusi laman twitter miliknya.

Setiap status yang Malique muat naik itu mengunakan kata-kata puitis dan bermetafora.

Antara statusnya "Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran, Hadiah sepatah darimu satu kesyukuran" dan ‘Jangan bimbang Sayang.. Dimana ku berada, dengan siapa ku bersama. Jangan bimbang ku tetap kau yang punya.’

Malique juga memuat naik gambar kaset album Too Phat, jemputan pelancaran album mereka pada tahun 2005 dan juga gambar mereka berdua.


Hakikatnya memang tak tahu nak bagi kesimpulan yang tepat mengenai status Malique ini, tapi Murai Batu harap kalau-kalau mereka ini mempunyai masalah mungkin boleh diselesaikan.

Too Phat merupakan kumpulan Hip Hop negara yang berjaya memeriahkan industri hiburan tanah air pada ketika dulu. Murai Batu pasti ramai peminatnya menantikan lagu terbaru dari Too Phat
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Malique Rindu Too Phat, Muatnaik Status di Twitter?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info