Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Qi Razali Naik Angin Lagi


Selepas timbul kontroversi dia bergaduh dengan Nelydia Senrose di tempat awam, Qi Razali sekali lagi berang apabila khabar angin dikaitkan mesra dengan pelakon Nora Danish ditimbulkan semula oleh seorang individu di laman sosial Twitter.

Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, 37, berkata, perkara tersebut membuatkan dia tertekan kerana tuduhan itu sedikit sebanyak menjejaskan hubungan cintanya dengan aktres Nelydia Senrose.

"Ada orang cuba buat fitnah lagi di Twitter, mungkin kerana keluar filem Bencintakelmarin di televisyen, gosip itu timbul semula yang mana ia tidak berasas langsung.

"Kalau cerita tu betul saya tidak kisah dan kalau cerita itu tak betul pun saya akan diam sahaja tetapi kalau sampai menjejaskan hubungan saya macam mana? Tak kan saya nak diam," katanya kepada mStar Online melalui mesej aplikasi sosial WhatsApp, di sini, pada Selasa.

Qi bersama kekasihnya Nelydia Senrose.

Qi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang statusnya di laman Twitter pada Isnin lalu yang berang dengan tindakan seorang pengikut di laman Twitter kerana menyebarkan fitnah iaitu khabar angin tentang dirinya mempunyai hubungan dengan pelakon Nora Danish.

Dalam Twitter tersebut Qi memberitahu tuduhan itu merupakan sesuatu yang tidak masuk akal dan keterlaluan hingga menyakitkan orang-orang yang dekat dengannya.

Antara tulisan yang dimuat naik oleh Qi Razali di laman Twitter miliknya pada Isnin.
Umum mengetahui Nora Danish kini bercinta dengan Nedim Nazri.
Qi turut melahirkan rasa kesal apabila hubungan cintanya sering menjadi perhatian dan dihimpit pelbagai kontroversi.

"Saya tulis status itu supaya dapat bagi mesej kepada orang yang sebarkan khabar angin itu. Saya tidak tahu apa niat dia berbuat demikian.

"Saya perlu pertahankan maruah saya juga sebab itu saya tulis di twitter untuk betulkan keadaan dan lagi bagus kalau dapat jumpa orang tersebut dan berbincang apa masalah dia sebenarnya," kata Qi.

Nora Danish
Sementara itu, menjelaskan tentang kontroversi bergaduh di tempat awam itu, Qi menganggap ia hanya sekadar salah faham antara dia dan kekasihnya Nelydia Senrose tentang sesuatu perkara yang tiada kena mengena dengan dirinya.

Dia juga kesal apabila tindakannya memujuk Nelydia disalah erti dan dianggap sebagai tidak menghormati wanita.

"Perselisihan faham itu terjadi disebabkan benda lain, saya hanya ingin memujuk dia sahaja, itu nampak seperti kami bergaduh. Saya malas nak besarkan cerita negatif macam ni, apa yang mereka sampaikan kononnya saya tidak hormat wanita, itu juga tidak benar sama sekali," katanya.

Dalam pada itu, ditanya adakah kontroversi yang timbul menjejaskan fokus terhadap kerjayanya, Qi berkata, dia tidak pernah mencampurkan urusan peribadi dengan kerja.
sumber:http://www.mstar.com.my/
0 Komentar untuk " Qi Razali Naik Angin Lagi"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info