Rakaman lagu Dendang Perantau oleh seorang pramugara MH17 pasti menyentuh hati ramai orang yang mendengarnya. Shaikh Mohd Noor merakamkan lagu Aidilfitri tersebut sebelum berlepas dari Amsterdam menuju ke negara kelahirannya, Kuala Lumpur.
Adik Shaikh Mohd Noor, Siti Noradziah berkata apa yang paling terkesan dalam kalangan mereka adik-beradik ialah apabila Shaikh Mohd Noor menghantar klip suara nyanyiannya menerusi aplikasi WhatsApp.
"Masa hari jadi mak 14 Julai lepas, abang ada nyanyi lagu 'happy birthday' untuk mak dan hantar dalam group WhatsApp kami adik-beradik. Abang juga ada hantar lagu 'Dendang Perantau' dendangan P.Ramlee yang dia nyanyi kepada kami."
Menurut keluarganya di Klang, Selangor - Shaikh Mohd Noor antara kru yang sepatutnya menaiki pesawat MH 370 ke Beijing 8 Mac lalu. Namun perubahan jadual menyebabkan Sheikh Mad Nor tidak menaiki pesawat berkenaan.
Antara bait-bait ungkapan abangnya yang masih diingat Noradziah ialah : “kenapalah abang tiada dalam pesawat MH370 tu..kan best kalau meninggal (dunia) dalam kapal terbang, satu dunia akan sedekahkan Al-Fatihah untuk abang.”
Tetapi kali ini, kepulangannya dari Belanda ke tanah air bertukar tragedi apabila dia berada dalam pesawat MH17.
Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini
Popular Posts
-
Satu kemalangan maut telah berlaku di daerah Kuala Lipis pada 6 Ogos lalu apabila sebuah bas dilaporkan telah bertembung dengan sebuah kere...
-
BUKAN sekali dua kita mendengar kes kecederaan akibat tindakan duduk mencangkung di atas mangkuk tandas jenis duduk. Dalam kejadian yang ber...
-
Sejak lagu baru Joe Fizlow ke udara, Malique Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Malique2Phat dilihat seperti membalas balik bait-bait lirik...
-
Land Diving (Nagol atau N'gol) adalah upacara khas yang kelihatan seperti bungee jumping yang dilakukan oleh suku di selatan Pentakost...
-
1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan be...
-
Ramai yang sedia maklum yang filem adaptasi novel Pilot Cafe kini sedang rancak dalam penggambaran dan bakal habis tidak lama lagi. Pulau ...
-
Shila Amzah nampaknya sempat mengambil cuti dan pulang ke Malaysia sempena Aidil Fitri 1435H yang lalu walaupun jadual beliau dilihat agak p...
-
Sekarang ini, apa yang tak puas hati semuanya diadukan di laman siber terutama bila melibatkan hak kepenggunaan. Dari satu sudut, bagus juga...
-
Seronok tengok mereka. Senyuman sentiasa terukir. Kebahagiaan yang dicari sudah pun ditemui. Lagi seronok bila tengok mereka sangat gembira ...
-
Menerusi daripada Blog hotlips-yuya.blogspot.com Mengatakan Peminat Tak Puas Hati Jihan Raja Lawak Dikeluarkan Dari AF2014 Bermulanya penta...
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "Video menyayat hati suara pramugara MH17 nyanyi lagu P. Ramlee buat Siti Noradziah"