Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

2 Beradik Koma selepas Makan Ubat Disimpan Lama Dalam Peti Ais


Seorang guru memuatnaik status mengenai kejadian anak muridnya yang telah dimasukkan ke ICU setelah pengsan berpunca daripada ubat demam yang disimpan dalam peti Ais.

Malah, adik kepada anak murid Cikgu Adi turut menerima kesan yang sama seperti abangnya.

Melalui update terkini Cikgu Adi, kedua-dua beradik itu akhirnya dapat diselamatkan dan kini dalam keadaan stabil di Hospital.

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat ibu-bapa diluar sana agar sentiasa memeriksa ubat yang disimpan dipeti ais. Menurut cerita ibu dua beradik ini, ubat yang disimpan tidak sampai 3 bulan. Namun, doktor mengatakan ubat yang disimpan dalam tempoh yang lama boleh menjadi racun yang membunuh.

sumber: http://aans1.blogspot.com/
0 Komentar untuk "2 Beradik Koma selepas Makan Ubat Disimpan Lama Dalam Peti Ais"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info