Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Anggota Tentera Terharu Usung Jenazah Bapa Saudara Sendiri


Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah meminta dari majikannya ditugaskan sebagai pengangkat keranda pada Istiadat Penghormatan Jenazah Mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 semalam.

Anggota berkenaan Lans Koperal Mohd Sadiq Zakaria, meminta untuk ditugaskan kerana mahu mengangkat jenazah bapa saudaranya Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar yang tidak pernah ditemuinya seumur hidup.

Mohd Sadiq, 28, seorang anggota ATM sudah enam tahun hanya mengetahui perkara berkaitan Mohd Ghafar yang juga Penyelia Penerbangan Kabin MH17 pada 3 Syawal lepas.

Beliau berkata, ibunya Bariyah Othman, 43, memberitahu perkara berkenaan ketika pulang menyambut Aidilfitri di rumah keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak di ibu negara.

“Saya terkejut apabila ibu memberitahu seorang daripada mangsa tragedi MH17 berpangkat bapa saudara menerusi pertalian saudara sebelah ibu.

“Ketika itu, saya belum lagi tersenarai dalam tugasan mengusung jenazah dalam Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17,” katanya memetik laporan Harian MetroOnline. 
sumber– MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Anggota Tentera Terharu Usung Jenazah Bapa Saudara Sendiri"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info