Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Apek Tua Meninggal Dunia Lepas Terkejut Menang Loteri


Seorang apek tua tidak sempat menggunakan duit hasil kemenangan loteri selepas dirinya disahkan meninggal dunia di Bukit Cina, Melaka, baru-baru ini.

Menurut sumber China Press, lelaki warga emas yang dikenali sebagai Yong itu dilaporkan pengsan dan meninggal dunia selepas mengetahui dirinya memenangi sejumlah wang loteri menerusi sebuah akhbar.

Yong, 62, seorang peniaga gerai mee dikatakan terlampau gembira dengan kemenangannya malah sempat menjerit kegembiraan sebelum rebah ke lantai.

Pekerjanya yang terkejut dengan insiden tersebut telah menelefon pihak ambulans dan parademik mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di kedainya. 
sumber:– MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Apek Tua Meninggal Dunia Lepas Terkejut Menang Loteri"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info