Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Bade Akui Teruja Isteri Keduanya Sudah Mengandung


BARU-BARU ini, kami pernah menyiarkan artikel bertajuk ‘Isteri Kedua Bade Mengandung, Tak Mahu ‘Kongsi’ Anak?‘.

Namun, perkara itu tidak dapat dipastikan kerana belum ada pihak yang mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.

Bagaimanapun, menerusi Malaysian Digest hari ini, Bade mengakui yang isteri keduanya itu sudah mengandung dan dia bersyukur dengan khabar itu.

“Saya tentunya teruja tapi saya releks saja. Lagipun lama lagi tempoh untuk menantikan kelahiran tersebut. Anak-anak saya pun teruja bila dapat tahu mereka bakal dapat adik baru.


“Anak lelaki atau perempuan saya tak kisah. Saya dan isteri pun tak sibuk-sibuk nak buat scan. Kami terima apa saja pemberian Allah. Apa yang ibu dan bayi sihat”, katanya.

Pada masa yang sama, Bade turut memberitahuErma Fatima dan anak-anak sudahpun bertemu dan berkenalan dengan Aida.

“Cuma mereka belum betul-betul dapat bermesra lagi antara satu sama lain sebab belum dapat betul-betul meluangkan lebih masa kerana masing-masing sibuk dengan kerja,” jelasnya.

Biasalah tu Bade. Bukan mudah sebenarnya hendak menerima perubahan yang boleh dianggap cukup besar selepas begitu lama berumahtangga.

Sebagai suami, Bade harus bijak memenangi hati kedua-dua isteri dan juga anak-anak.
Untung-untung, boleh bahagia seperti Ashraf Muslim dan isteri-isterinya, tak gitu?
sumber: MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Bade Akui Teruja Isteri Keduanya Sudah Mengandung"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info