Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Dazrin Akui Murung, Berkurung Sebulan Di Rumah

Dazrin menerusi sebuah portal mengakui dirinya mengalami saat kemurungan dan terpaksa berkurung dalam rumah hampir sebulan kerana perkahwinan yang sepatutnya berlangsung dalam masa 15 hari dari tarikh pembatalan tersebut.

“Saya berkurung gampir lebih sebulan di rumah kerana malu untuk berjumpa dengan orang ramai. Segala persiapan sudah siap hampir sepenuhnya, saya juga akan frustrated tapi nak buat bagaimana mungkin belum tiba masanya."

Dalam pada itu, Dazrin akui masih menyayangi Amyra Rosly walaupun perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos lalu tidak dapat diteruskan.

Dia juga tidak akan berputus asa untuk pulihkan kembali hubungannya dengan Amyra kerana wanita itu sahaja yang tertakhta di hatinya hingga kini.

“Saya masih sayangkan dia (Amyra). Pada saya sia-sia sahaja hubungan kami yang terjalin selama 2 setengah tahun itu untuk berakhir dengan sebab yang saya anggap remeh sahaja.

“Saya kini hanya mahu dia sahaja dan saya tidak mahu buang masa untuk kenal semula orang baru dan menjalinkan hubungan daripada mula.

“Saya akan berusaha untuk dapatkan dia kembali dan pulihkan segalanya. Namun dalam masa yang sama saya perlu bagi masa kepada Amyra untuk membuat keputusan kerana saya pun tak mahu seseorang itu kahwin dengan saya kerana terpaksa,”

Dazrin ditemui ketika hadir di rumah terbuka Utusan Karya di Bangi, semalam.

Enggan mengulas lanjut mengenai punca pembatalan perkahwinannya di saat-saat akhir itu, sebaliknya menolak pelbagai dakwaan buruk yang dilemparkan kepadanya.

“Sebenarnya punca kami putus hanya kerana perselisihan yang kecil sahaja dan tak sangka ia melibatkan keputusan yang besar sehingga perlu menangguhkan perkahwinan kami.

“Saya tahu pelbagai andaian seperti orang ketiga dan dakwaan saya playboy telah dilemparkan terhadap saya yang menjadi punca kepada tergendalanya perkahwinan kami. Saya Cuma boleh cakap hanya orang yang mengenali diri saya sahaja yang tahu sikap saya,” jelasnya.
sumber: kezoom
0 Komentar untuk "Dazrin Akui Murung, Berkurung Sebulan Di Rumah"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info